|
Kedah- Pada 21- 23 Dis 2012 telah berlangsung Pertandingan Golf Terbuka Kedah Amatur Siri ke 46 yang telah dilaksanakan di Kelab Golf Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah. Buat pertama kalinya TLDM telah menghantar peserta seramai empat orang dari Pusat Kecemerlangan Golf TLDM bagi memantapkan lagi pasukan Golf TLDM sebagai persiapan untuk mengekalkan status juara bagi kali ketiga berturut-turut Pertandingan Golf Tertutup Antara Perkhidmatan 2013.
Pertandingan disertai seramai 114 peserta dari seluruh Malaysia yang mempunyai handicap 0 - 12 bagi kategori terbuka dan handicap 13 - 18 bagi kategori intermediate. Hanya seramai 70 peserta sahaja yang layak bermain di hari terakhir pertandingan iaitu 40 peserta bagi kategori gross, 20 peserta bagi kategori nett dan 10 peserta bagi kategori nett intermediate. Hanya 3 peserta TLDM yang layak bermain di hari terakhir kejohanan iaitu Lt Suhaimi bin Siron TLDM, BM TMK Sufian bin Ishak dan LK PTI Che Md Nor bin Che Lah.
![]() |
Peserta TLDM dilihat telah mempamerkan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan disamping dapat menimba pengalaman dalam menajamkan lagi skill permainan kerana bermain dikalangan peserta-peserta yang rata-rata mempunyai persiapan mental dan fizikal yang tinggi bermain di kejohanan sirkit kebangsaan. Peserta TLDM BM TMK Suffian bin Ishak tempat ke- 31 (242) dan Lt Suhaimi bin Siron TLDM tempat ke- 42 (245).
Pada keseluruhannya PT TLDM telah berjaya mencapai objektif yang diinginkan oleh pihak pengurusan tertinggi TLDM dengan menjadi johan dalam 3 kejohanan dari 4 siri kejohanan pada tahun 2012. Pengurusan yang baik serta kerjasama oleh semua pihak telah meningkatkan mutu dan pencapaian persatuan dengan baik dan cemerlang. Antara aksi-aksi dan aktiviti siri kejohanan yang telah disertai adalah seperti berikut:
![]() |
![]() |
Aksi-aksi semasa Kejohanan Terbuka UIA 3 hingga 5 Feb 2012 memaparkan serangan yang tangkas dan
hebat oleh atlet-atlet TLDM sehingga tidak dapat dielak oleh atlet Universiti Malaya dan serangan
berpusing tepat ke muka yang memberikan mata penuh kepada atlet TLDM.

Antara aksi semasa Taekwondo Interclub Pulau Pinang 25 - 28 Mei 12, serangan
balas tepat kemuka daripada atlet TLDM kepada atlet dari negeri telah memberikan
mata penuh kepada perlawanan tersebut. TLDM telah memenangi tempat ketiga
dengan kutipan pingat 1 Pingat Emas, 4 Perak dan 5 Gangsa.
![]() |
![]() |
Serangan demi serangan untuk mencapai kemenangan di tempat lawan iaitu di gelanggang kejohanan Kem Wardieburn.
Semasa kejohanan Antara Perkhidmatan 2 - 6 Jul 12 Kuala Lumpur. TLDM telah menjuarai kejohanan ini dengan
kutipan pingat 6 Pingat Emas, 4 Perak dan 5 Gangsa.
![]() |
![]() |
Gambar kiri memaparkan para penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan akhir, gambar kanan Pengerusi
PT TLDM bersama Timbalan dan Setiusaha LEKAS turut hadir memberikan sokongan kepada atlet-atlet
TLDM semasa perlawanan akhir kejohanan antara perkhidmatan pada 6 julai yang lalu.
![]() |
|
Yang Berbahagia Mejar Jeneral Datuk Mazlan Bin Kasap Panglima |
![]() |
![]() |
Gambar atas di antara atlet-atlet yang menerima pingat masing-masing, Gambar kiri Pengerusi
ceria bersama piala pusingan yang diterima dari Panglima Latihan TD.

Pengerusi PT TLDM bersama Tim pengurusan dan atlet bergambar bersama pingat dan piala
pusingan yang dimenangi. TLDM juara keseluruhan kejohanan antara perkhidmatan sejak 2007 hingga kini.
![]() |
|
Ketangkasan bawa kemenangan, aksi-aksi atlet TLDM yang mewakili ATM semasa
kejohanan Taekwando Kebangsaan pada 16-18 Nov 12 Bukit Jalil.
Sejumlah 27 pasukan telah bertanding iaitu 11 negeri dan 16 Premium
club telah menyertai kejohanan ini di MSN Bukit Jalil.
Bukti kejayaan diperingkat kebangsaan, ATM diwakili oleh 21 atlet TLDM dan 4 atlet TDM,
dalam kejohanan ini atlet TLDM telah memenangi 5 Pingat Emas, 3 Pingat Perak dan
1 Pingat Gangsa manakala atlet TDM memenangi 1 Pingat Gangsa.
Menjadikan ATM menjadi juara kebangsaan 3 tahun berturut-turut sejak 2010.
| Pemenang tempat pertama kategori TLDM, Komander Shaiful Bahari Baharudin menerima hadiah daripada Ketua Eksekutif Syarikat Jurumanjung, Encik Nik Mohd Faris. |
Mantin, Negeri Sembilan, 19 Dis 12 – Pertandingan Golf Medal Bulanan TLDM Dis 12 (NAGA 12 / 12) telah berlangsung di Staffield Country Resort Mantin, Negeri Sembilan. Pertandingan ini telah disertai seramai 53 pemain golf yang terdiri daripada 29 pegawai dan 22 pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta 2 orang wakil syarikat.
|
Para Peserta menikmati hidangan makan malam sambil |
Format pertandingan ialah stableford system 36 telah memberi persaingan yang hebat di antara pemain-pemain. Pertandingan pada kali ini telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Kategori TLDM dan Kategori Pesara. Pemenang Tempat Pertama Kategori TLDM telah dimenangi oleh Komander Shaiful Bahri bin Baharudin TLDM dengan jumlah mata 37, manakala Tempat Pertama Kategori Pesara telah dimenangi oleh Leftenan Komander Kamarul Zam Zam TLDM (Bersara) dengan jumlah mata 37. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Nik Mohd Faris bin Zainal Abidin, Ketua Eksekutif Syarikat Jurumanjung Sdn. Bhd.
|
Encik Nik Mohd Faris, Ketua Eksekutif Syarikat Jurumanjung |
Peserta menikmati jamuan makan malam |
Pertandingan telah bermula jam 1.45 petang hingga jam 7.00 malam telah berakhir dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang sambil menikmati jamuan makan malam yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Syabas dan tahniah kepada pemenang-pemenang.
|
Gambar pemain dari pasukan MA, ARM, MB dan MPL yang mengambil bahagian dalam |
|
![]() |
![]() |
| Pasukan Formasi Markas Armada (MA) Jersey berwarna kuning terdiri dari 12 orang pemain bergambar bersama Pengurus Lt Kdr Azhar bin Hj Ismail, Jurulatih BM KOM Mohd Rashidi. Markas Armada telah muncul Johan KMO 22/12 |
Pasukan Armada (ARM)jersey bewarna biru terdiri dari 12 pemain bergambar bersama pengurus dan jurulatih BK BDI Ahmad Shukeri bin Saari. Menduduki tempat ke empat kejohanan |
![]() |
![]() |
| Pasukan Markas Bantuan (MB) jersey berwarna Merah terdiri dari 12 pemain bergambar bersama pengurus Lt Kdr Abu Amar TLDM dan Jurulatih BK TNL. Menduduki tempat ke tiga kejohanan
|
Pasukan Markas Pendidikan dan Latihan TLDM (MPL) jersey yang sinonim iaitu hijau terdiri dari 12 pemain bergambar bersama penguru Lt Jantan dan Hamid TLDM dan Jurulatih PW I JJM Asmawi bin Abdullah. Muncul naib johan KMO 22/12. |
16 Mac 12 - Stadium Tertutup Kompleks Sukan TLDM |
|
![]() |
![]() |
| YBhg Laksda Dato’ Hj Khairuddin bin Khalid selaku Penaung Persatuan Sepaktakraw TLDM sungguh asyik menyaksikan perlawanan akhir Sepaktakraw KMO 22/12 antara pasukan MA dengan MPL. Turut sama Kept Zukarani TLDM KS Markas Sistem Armada dan Ketua Kontijen MA Kept Zulfadzi TLDM dan pengurus MPL Kdr Suhaimi TLDM, juga kelihatan Kdr Ajazi TLDM Peg Memerintah SKN 501 |
YBhg Laksda Dato’ Hj Khairuddin bin Khalid bergambar |
![]() |
|
| YBhg Laksda Dato’ Hj Khairuddin bin Khalid sedang menyampaikan hadiah kepada Pemain MPL selaku naib johan dalam KMO 22/12. |
|
![]() |
![]() |
| YBhg Laksdya Datuk Pahlawan Jamil Osman Panglima Armada mempergaya aksi menarik menetang pasukan pegawai TLDM. Beliau sebagai apit Kanan dibantu Kdr Azizan Attan TLDM sebagai tekong dan PW I JJM Asmawi selaku apit kiri. |
Gaya seorang pelibas, bersedia menghantar bola ketika aksi perlawanan pertunjukkan |
![]() |
![]() |
|
Barisan Pengadil bertugas dalam kejohanan Sepaktakraw Tertutup |
Pemain belia Sepaktakraw TLDM dijemput khas sebagai pembuka tirai kejohanan sedang menunjukkan aksi bermain |
![]() |
![]() |
| Pasukan KDP dan Blok A30 yang mara keperlawanan akhir sedang diperkenalkan kepada YBhg Datuk Pahlawan Jamil Osman serta diirngi Kdr Azizan Attan TLDM Pengerusi PSTLDM |
Pasukan KDP muncul johan bergambar bersama Laksdya Datuk Pahlawan Jamil bin Osman, Pengurus dan Jurulatih |
![]() |
|
|
15 Mei 12 – (gambar atas) YBhg Laksma Dato’ Hj Khairuddin bin Khalid telah meluangkan masa untuk bertemu dengan pemain-pemain |
|
![]() |
|
|
16 Mei 12 – ( gambar bawah) YBhg Laksma Abdul Aziz bin Md Sani Panglima Bantuan juga telah meluangkan masa hadir untuk memberi |
|
22 Mei LKpl U Noorazhar b. Noorden dari TUDM menerima cenderahati tempat ketiga bagi kategori regu senior tertutup cenderahati disampaikan oleh YBhg Panglima Sistem Armada |
|
![]() |
![]() |
![]() |
| 22 Mei Kapt Sazali b. Sakiran Pengurus pasukan dari TDM menerima Piala Johan kategori regu senior tertutup cenderahati disampaikan oleh YBhg Panglima Bantuan | 23 Mei Lkpl U Ahmad Fazil dari TUDM menerima Cenderahati selaku tekong terbaik kejohanan yang disampaikan oleh YBhg Panglima Sistem Armada. | 22 Mei LK Mohd Nazori dari TLDM menerima cenderahati Naib Johan kategori regu senior tertutup yang disempurnakan oleh YBhg Panglima Bantuan |
![]() |
|
| 25 Mei 12. Pemain-pemain sepaktakraw bergambar bersama YBhg Dato’ Hj Khairuddin bin Khlaid, Setiausaha dan Pengurus Pasukan menunjukkan tanda bagus meraikan kemenangan setelah dinobatkan selaku johan keseluruhan Kejohanan Antara Perakhidatan ATM 12 yang telah dilangsungkan di Std Tertutup Kompleks Sukan TLDM mulai 21-25 Mei. Pasukan SepaktakrawTLDM telah mengalahkan TDM dalam acara kemuncak berpasukan akhir 2-0. | |
|
|
| Regu veteran TLDM sedang beraksi menentang regu TDM. Regu TLDM menang 2-0 | |
![]() |
![]() |
| Aksi hadangan oleh pelibas regu veteran TLDM BK TMK Suhairi ketika menetang regu TDM dalam kategori regu veteran |
Aksi libasan regu TLDM LK I Zamadi membuat rejaman ketika menentang pasukan TUDM dalam kategori regu Senior kejohanan sepaktakraw antara perkhidmatan ATM 24 Mei. Regu TLDM menang. |
![]() |
![]() |
| Barisan pemain TLDM bersiap sedia diperkenalkan oleh pengadil bagi memulakan perlawanan |
Regu veteran TLDM sedang beraksi menentang regu TDM. Regu TLDM menang 2-0 |
![]() |
![]() |
| Barisan pengadil bertugas yang dilantik dari tiga perkhidmatan ATM. |
Pelibas utama regu belia LK I TMK Hanafiah membuat pukulan ketika |
![]() |
![]() |
| Pemain TLDM regu A terdiri dari kiri Apit Kanan LK I TNL Jamadi, Tekong LK I PAP Naimullah dan Apit kiri LK TLS Mohd Nazori |
Pemain TLDM regu B terdiri dari kiri jurulatih BM Kom Mohd Rashidi Nordin, Apit kanan BM HDI Zailani, tekong LK TLS Hassan dan apit kiri LK TNL Mohd Adha bin Mahrup |
![]() |
|
|
2 – 4 Mei 12 Pesertra kursus terdiri dari atlet sepaktakraw TLDM begitu asyik mendengar taklimat yang disampaikan oleh Dr Kamari dari UPM dan Tn Saiful Zaini bekas atlet hoki negara. Kursus selama 3 hari anjuran LEKAS ini adalah bertujuan bagi memantapkan ketahanan mental dan fizikal sebagai persediaan ke Kej. Antara perkhidmatan ATM |
|
![]() |
|
|
|
| Regu TLDM dari kiri pelibas utama LK I TNL Jamadi bin Mazlan, apit kiri LK TLS Mohd Nazori dan tekong LK I PAP Mohd Naimullah bergambar bersama tropi yang dimenangi beserta replika cek. Keputusan ditempat ketiga kejohanan |
|
NAGA 01 / 12
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Yang Berbahagia Tan Sri, Datuk-Datuk, Dato’-Dato’ dan Tuan-Tuan,
1. Adalah dimaklumkan bahawa Pertandingan Golf NAGA 01 / 12 bagi bulan Januari 2012 dirancang seperti berikut:
a. Tarikh : 17 Jan 12 (Selasa).
b. Lokasi : Kelab Rahman Putra Malaysia, Sungai Buloh, Selangor.
c. Bayaran : RM 120.00.
2. Untuk makluman, pakej kejohanan yang ditawarkan pada kali ini adalah tidak termasuk perkhidmatan caddy. Bagaimanapun, kelab golf menawarkan perkhidmatan caddy tersebut dengan harga RM 42.00 / caddy. Oleh yang demikian, sekiranya terdapat pemain yang memerlukan perkhidmatan caddy, mohon berurusan secara terus dengan kelab golf di talian 03-615 66870 (Puan Laily).
3. Atur cara ringkas pertandingan adalah seperti berikut:
a. Pendaftaran dan Light Lunch : 1215.
b. Tee-Off : 1345.
c. Dinner dan Penyampaian Hadiah : 1900.
4. Mohon sahkan penyertaan Datuk-Datuk, Dato’-Dato’ dan Tuan-Tuan beserta handikap sebelum 13 Jan 12 (Jumaat) kepada sekretariat pertandingan seperti berikut:
a. Lt Shariza bte Shamsuddin TLDM : samb 3288 / 019 – 286 5300.
b. BM TNL Khairul Anuar bin Zainal Abidin : samb 3343 / 019 – 339 6497.
c. P/BK TNL Maziana bte Ibrahim : samb 3343 / 019 – 550 5669.
d. PG TLDM : 013 – 202 0418.
5. PG TLDM percaya dengan penyertaan Yang Berbahagia Tan Sri, Datuk-Datuk, Dato’-Dato’ dan Tuan-tuan akan dapat menyemarakkan serta menyerikan lagi sukan golf TLDM di masa yang akan datang.
6. Sekian untuk maklumat dan tindakan selanjutnya. Terima kasih.