PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

PANGLIMA TENTERA LAUT DI THE 20th INTERNATIONAL SEA POWER SYMPOSIUM 2011


 

gamba3

Penganjuran ISS yang pertama padatahun 1969. 
Gambar rekod dari laman web ISS
(https://iss.usnwc.edu/)

Pada ISS-20 tahun ini, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar telah mengendalikan sessi pertama perbincangan yang membawa tajuk Global Perspectives: Challenges to Maritime Security. Para speaker yang terlibat di dalam perbincangan tersebut terdiri dari kalangan panglima-panglima tentera laut iaitu Panglima Tentera Laut India; Admiral Nirmal Vermal, Panglima Tentera Laut Filipina; Rear Admiral Alexander P Pama, Panglima Tentera Laut Emiriah Arab Bersatu; Brig Gen Salim Al Musharrakh dan Panglima Tentera Laut Nigeria; Vice Admiral Ola Sa’ad Ibrahim.  Empat cabaran keselamatan maritim telah dibincangkan iaitu Piracy oleh Admiral Nirmal Vermal, Maritime Terrorism oleh Rear Admiral Alexander P Pama, Critical Infranstructure Protection oleh Brig Gen  Salim Al Musharrakh dan Resource Protection oleh Vice Admiral Ola Sa’ad Ibrahim.  Dengan kejayaan melaksanakan tugas moderating, kemungkinan besar YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar akan dipilih sekali lagi sebagai moderator pada tahun 2013.


Pelantikan sebagai moderator merupakan satu rekod tersendiri di dalam TLDM kerana beliau merupakan satu-satunya Panglima Tentera Laut TLDM yang telah diberi penghormatan menjadi moderator ISS dua kali berturut-turut.  Ini jelas membuktikan kepimpinan dan ketokohan beliau diiktiraf oleh komuniti tentera laut antarabangsa terutamanya Tentera Laut Amerika Syarikat.

ISS-20 yang dianjurkan bersama oleh US Chief of Naval Operation (CNO); Admiral Jonathan W. Greenert dan President US Naval War College; Rear Admiral John N. Christenson telah berjaya menarik penglibatan seramai 96 orang Panglima Tentera Laut atau Ketua Coast Guard dari 116 buah negara.  Ini merupakan penglibatan terbesar di dalam sejarah ISS semenjak kali pertama dianjurkan pada tahun 1969.  ISS-20 membawa tema  Security and Prosperity Through Maritime Partnerships telah menjadi satu forum interaksi antara CNO bersama rakan seperjawatan beliau yang terdiri dari panglima-panglima tentera laut dan coast guards dari seluruh dunia.

Fokus penganjuran ISS kali ini ialah memperkukuh rangkaian kerjasama di kalangan tentera laut dan coast guards dalam mencapai penyelesaian bagi meningkatkan keselamatan maritim sejagat.  Antara pendekatan yang telah disarankan adalah meningkatkan kapasiti dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan maritim negara terlibat, memperluaskan keupayaan melaksanakan penyelidikan di dalam Zon Ekonomi Eksklusif, mengambil bahagian di dalam inisiatif keselamatan serantau dan antarabangsa sama ada menerusi operasi atau bantuan maritim.

Dua tajuk lain yang turut dibincangkan selama tiga hari ISS ke-20 berlangsung iaitu Beyond MDA: Building Responsive Partnerships dan Maritime Security: Evolving Demands, Adaptive Partnerships.

gamba2

Penganjuran ISS yang terbesar terdiri dari 170 orang pegawai kanan dari 116 buah negara.

Panglima Tentera Laut di barisan hadapan, sembilan dari kiri.

 

Sumber : Perhubungan Awam Markas Tentera Laut

 

 

 

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version