|
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT LAKSAMANA PERTAMA (KEHORMAT) PSSTLDM OLEH |
Kota Bharu, 5 Apr – Bertempat di Istana Kota Lama, Kota Bharu, Kelantan telah berlangsung Majlis Pemakaian Pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) kepada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Tuanku Ismail Petra setelah mendapat perkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
Lumut, 7 Jan - Majlis Perutusan Tahun Baru 2013 yang disempurnakan oleh YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar, Panglima Tentera Laut (PTL) telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Dewan M. Sidek Shabudin, Pangkalan TLDM Lumut. Majlis ini merupakan acara simbolik bagi permulaan aktiviti-aktiviti TLDM yang telah dirancang dan bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2013. Perutusan ini juga disampaikan melalui sidang video di mana semua warga TLDM di seluruh negara dapat mendengar dan menyaksikannya dalam masa sebenar ia dilaksanakan.
Kota Kinabalu, 6 Jan 13 – KD SRI LIKAS telah mengkoordinasikan latihan menembak pistol untuk Pegawai Kehormat Pasukan Latihan Pegawai Simpanan TLDM (PALAPES-Laut), Universiti Malaysia Sabah di Komplek Menembak TLDM, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU, 04 Jan 13 – Majlis Pemakaian Pangkat telah diadakan di serambi Markas Wilayah Laut 2. Acara bermula sekitar jam 0800H. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PWL 2) Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Mohammad Rosland bin Omar, Ketua Staf Markas Wilayah Laut 2 (KS) Kept Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin TLDM, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai Memerintah, Pegawai-pegawai serta anggota yang bernaung dibawah Markas Wilayah Laut 2.
LUMUT, 4 Jan 13 – Armada TLDM julung kalinya mengadakan Majlis Pemakaian Pangkat bagi warga Armada. KD JEBAT selaku Kapal Pegawai Kanan Armada telah mengkoordinasikan majlis yang melibatkan anggota lain-lain pangkat di bawah naungan Armada TLDM. Seramai 46 orang anggota telah dinaikkan ke pangkat Pegawai Waren I, Pegawai Waren II, Bintara Kanan, Bintara Muda dan Lans Koperal.
Lumut, 4 Jan 12 - Majlis serah menyerah tugas Asisten Marsyal Provos (AMP) PROTELA daripada Lt Kdr Zilkamal bin Azis TLDM kepada Kdr Kamaruddin bin Omar telah berlangsung di perkarangan parkir PROTELA Lumut pada jam 1000H. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Panglima Bantuan Laksma Abd Aziz bin Mohd Sani.
| 818504 PW II HDI Rosli bin Ibrahim dinaikkan pangkat ke P/PW I HDI |
Klang, 4 Jan 13 – Majlis Pemakaian Pangkat Anggota LLP telah berjaya disempurnakan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi Laksma Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan kepada 9x anggota daripada unit Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dan KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS) di Padang Kawad Pangkalan TLDM Pulau Indah.
Pemakaian Pangkat 819890 P/PW II Mohd Shahbudin bin Saad.
Lumut, 4 Jan 13 – Majlis pemakaian pangkat Pemangku Pegawai Waren II formasi Markas Bantuan (MB) telah diadakan di Geladak Suku bangunan MB pada jam 0800 melibatkan seramai 4 anggota. Majlis tersebut telah disempurnakan sendiri oleh YBhg Panglima Bantuan Laksma Abd Aziz bin Mohd Sani.