PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

SEMINAR PEGAWAI KANAN TLDM 2012

Lumut, 5 April - Seminar Pegawai Kanan TLDM 2012 (SPK TLDM 2012) yang sedang berlangsung selama tiga hari mulai 5 hingga 7 Apr 12 bertempat di KD SULTAN IDRIS 1 (KDSI 1), Pangkalan TLDM, Lumut, Perak dapat dilaksanakan dengan jayanya. Seramai 170 peserta terdiri daripada Pegawai Kanan TLDM berpangkat Komander TLDM ke atas telah menghadiri seminar tersebut.  Pembukaan seminar ini dirasmikan oleh Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar.

 


Objektif utama seminar ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada para peserta terhadap kepimpinan dan perancangan strategi serta memberi peluang kepada semua pegawai untuk berinteraksi secara terbuka bersama Panglima Tentera Laut.



Selain dapat bertukar pandangan, para peserta turut diberi peluang untuk mengemukakan idea yang bernas.  Intipati seminar tersebut merangkumi forum serta sesi ceramah oleh penceramah-penceramah jemputan di mana percambahan ilmu dapat dikongsikan. Tambahan, ilmu yang diperolehi sepanjang seminar diadakan berkait rapat dengan transformasi TLDM dan  setiap pegawai kanan yang hadir diharapkan dapat memanfaatkan pengetahuan yang digarap dalam membantu menyediakan diri dan organisasi mencapai Visi TLDM untuk menjadi Tentera Laut Bertaraf Dunia.

 

 

Antara tajuk ceramah yang disampaikan merangkumi  Blue Ocean Strategy: Concept and Application dari Malaysian Blue Ocean Strategy Institute (MBOSI), Effective Implementation of QMS ISO 9001 dari SIRIM, Integrity in Leadership oleh wakil dari Institut Integriti Malaysia, Responsibility in Financial Management oleh wakil dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Enhancing Innovation in The Workplace oleh wakil dari Agensi Inovasi Malaysia, Outcome Base Budgeting (OBB): Concept and Implementation oleh wakil dari Pasukan Projek dan Business Process Reenginering oleh wakil dari Malaysian Administrative Modemisation and Management Planning Unit (MAMPU).



 Sumber: Perhubungan Awam Markas Tentera Laut

Last modified on Sunday, 08 April 2012 19:25
Rate this item
(4 votes)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version