Setiap BAKAT Perkhidmatan iaitu BAKAT Darat, BAKAT Laut, BAKAT Udara dan BAKAT Gabungan Markas ATM dikehendaki menghantar satu tim menembak yang terdiri daripada 5 orang ahli BAKAT. Tim BAKAT Laut dianggotai oleh Puan Ramnah bte Majid, Puan Suriani bte Othman, Puan Norasidah bte Karib, Puan Norafidah bte Wahab dan Puan Hamalina bte Che Rahim.
![]() |
![]() |
Di dalam pertandingan ini, tim BAKAT Laut telah berjaya mendapat tempat kedua dengan mata terkumpul sebanyak 303 mata. Tim BAKAT Darat telah muncul sebagai juara dengan jumlah mata terkumpul sebanyak 305 mata. Walau bagaimanapun, peserta dari BAKAT Laut iaitu Puan Ramnah bte Majid telah muncul sebagai penembak terbaik di dalam pertandingan tersebut.
Acara perasmian pertandingan telah disempurnakan oleh Pengerusi JT BAKAT ATM, YBhg Puan Sri Datin Sri Umi Kalsom bt Wan Awang pada jam 1000 pagi. Majlis diakhiri pada jam 1230 tengahari dengan penyampaian hadiah kepada peserta pertandingan oleh YBhg Puan Sri Datin Sri Umi Kalsom bte Wan Awang.
Pertandingan turut dimeriahkan dengan kehadiran semua Pengerusi BAKAT perkhidmatan termasuklah Puan Sri Sarah bte Ab Ghafar, Pengerusi JT BAKAT Laut.
Rujuk : 120712/03
Sumber : BAKAT LAUT, Markas Tentera Laut
Artikel dan Jurufoto : Lt Kdr Azlina bt Ahmad Zaini TLDM
Last modified on Friday, 13 July 2012 10:17

