PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

MENTERI PERTAHANAN BERSAMA ROMBONGAN KEMENTERIAN PERTAHANAN KE UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD

Kuala Lumpur, 16 Jul – YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan bersama satu rombongan telah mengadakan lawatan kerja ke Utusan Melayu (Malaysia) Berhad bagi menjalin kerjasama serta mengetahui dengan lebih lagi dekat untuk memahami proses penerbitan yang dilaksanakan oleh media tersebut.

Ketibaan Menteri Pertahanan bersama rombongan telah disambut oleh YBhg Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (Malaysia) Berhad bersama beberapa orang pihak Pengurusan Kanan media tersebut. Lawatan berlangsung hampir dua jam telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh kedua-dua belah pihak. YBhg Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makarudin membuka bicara dengan memperkenalkan Pihak Pengurusan Kanan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad kepada rombongan Kementerian Pertahanan dan telah disusuli dengan Ucapan oleh YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan.

Di samping itu juga, turut diadakan sesi dialog bagi memantapkan lagi hubungan kerjasama ini. Sebelum mengakhiri siri lawatan ini, YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah bertukar cenderahati bersama YBhg Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makarudin.

Rombongan dari Kementerian Pertahanan terdiri daripada Panglima Angkatan Tentera; YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli Mohd Zain, YBhg Dato’ Sri Dr. Hj Ismail Hj Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan serta Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.


Rujukan : 160712/04
Sumber: Perhubungan Awam Markas Tentera Laut

 

Rate this item
(1 Vote)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version