Panglima Armada dalam ucapannya berkata, Komander Mohammed Reza merupakan pegawai kanan yang amat bersesuaian dan bertepatan diberikan mandat dan tanggungjawab yang besar bagi mengoperasikan Pusat Peperangan Elektronik ini berdasarkan kepakaran dan pengalaman luas beliau dalam bidang ini. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang daripada Tim Nukleus yang berusaha keras merealisasikan penubuhan pusat ini.
Berturutan berlangsung dalam majlis, Panglima Armada telah turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai dan anggota yang telah beroperasi dalam Operasi FAJAR siri ke 14 dan 15 bersama Kapal Auxiliary TLDM BUNGA MAS 5 dan BUNGA MAS 6.
Operasi FAJAR 14 dan 15 merupakan satu lagi siri operasi yang telah berjaya melangkaui lebih 100 hari beroperasi tanpa sebarang insiden rampasan terhadap kapal-kapal berkepentingan yang dilindungi. Sepanjang penugasan OP FAJAR 14 telah berjaya melaksanakan 23 konvoi mengiringi 14 buah kapal selama 145 hari. Sementara itu OP FAJAR 15 berjaya melaksanakan 23 konvoi mengiringi 13 buah kapal dalam tempoh penugasan selama 100 hari.
Rujukan : 010812/05
Sumber : Perhubungan Awam Markas Armada
Sumber : Perhubungan Awam Markas Armada
Artikel : LK I TNL Radhi Bin Awang
Gambar : LK TNL Roselly bin Alli
Last modified on Monday, 03 September 2012 09:12