PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

PROGRAM GEGAR LEMAK

Kesinambungan dari kejayaan program gegar lemak pertama yang telah terbukti berjaya sehinggakan dapat menurunkan berat badan 14 kg, program ini diteruskan dengan inisiatif dan komitmen dari Markas  PASKAL yang diterajui oleh Kepten Jamaludin bin Mohd Saman TLDM bagi mencorak dan mendapatkan berat badan yang unggul (idea kepada warga NAVY people yang telah dikenalpasti melebihi BMI yang diperlukan sebagai anggota tentera.

 

 
 Sesi Taklimat dan Motivasi oleh Penaung Program  Latihan Membina Ketahanan di Kolam Renang

 

Pada keseluruhannya program yang dianjurkan buat kali kedua ini telah mencapai sasaran dan objektifnya. Program yang bermula dari 25 Jan sehingga 12 Jul dengan jadual bermula setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 1600H hingga 1700H. Konsep latihan dan waktu yang anjal digunakan dengan tidak membebankan para peserta dan unit bertugas mampu dilalui oleh semua peringkat anggota. Semua anggota yang menyertai program ini telah berjaya menurunkan berat badan ke tahap yang membanggakan dan terbukti ianya menjadi contoh serta bualan dikalangan warga Navy People yang lain malah program yang nyata berkesan ini telah menjadi pendorong kepada unit-unit pangkalan serta kapal-kapal untuk melaksanakannya.

 

 
Latihan Membina Ketahanan Jalan Lasak di Teluk Senangin Latihan Membina Ketahanan di Stadium

Kejayaan program ini ternyata berkesan dan mencapai sasaran dan objektifnya adalah kerana komitmen yang diberikan oleh jurulatih-jurulatih yang pakar dalam bidangnya dan ianya menjadi lebih bersemangat lagi dengan kehadiran penaung program yang sanggup turun padang bersama-sama melaksanakan program ini. Peserta telah telah diterapkan nilai-nilai bertapa pentingnya amalan senaman dalam kehidupan seharian sebagai seorang anggota tentera. Selain ianya dapat mengekalkan tahap kecergasan serta kesihatan yang baik program ini juga telah berjaya memberi impak positif kepada peserta memperolehi keyakinan diri dan berbangga dengan rupacara serta ketrampilan diri.

 

 

Latihan Membina Ketahanan di Stadium
(Membina Otot Perut)

  Latihan Membina Ketahanan di Gymnisium (Circuit Training)

 Berikut adalah sinopsis program yang telah mencapai kejayaan.

a. Program ini terbahagi kepada tiga fasa utama:

(1) Fasa Pertama – Pembentukan kardiovaskular yang melibatkan latihan mendapatkan ketahanan (fitness) pernafasan dan degupan jantung dengan melaksanakan larian dan fiziikal circuit training yang dikendalikan oleh jurulatih bina badan di gymnisium.

(2) Fasa Kedua – Membina ketahanan fizikal dengan tumpuan kepada larian, bahagian otot perut dan latihan renang. Aktiviti mendaki bukit (Ungku Busu) juga dilaksanakan.

(3) Fasa Ketiga – Latihan tubi dan larian jarak jauh bagi membina ketahanan fizikal dan secara terus mengurangkan berat badan.

(4) Peserta juga diberi kelonggaran  terutama peserta yang mengalami kecederaan kaki yang membataskan untuk laksanakan larian. Peserta diarahkan untuk memberi tumpuan ke atas latihan membina otot yang dikendalikan sepenuhnya di gymnisium kompleks sukan KD MALAYA. Sebagai contoh Lt Kdr Mohd Tawil b. Tajudin TLDM telah berjaya membina otot-otot serta mengurangkan berat badan.

 

 

 

Latihan Membina Ketahanan Larian di Gymnisium
(Circuit Training)

 Latihan Membina Ketahanan Bahagian Otot Perut di Gymnisium
(Circuit Training)


 

b. Perkembangan program dipantau secara profesional dengan merekodkan perkembangan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Perubahan bentuk fizikal dan penurunan berat badan direkodkan pada setiap hujung minggu. Sesi kaunseling dan motivasi akan diberikan kepada peserta-peserta yang tidak mencapai sasaran setiap minggu.

c. Sesuai dengan konsep penambahabaikan secara berterusan pengurusan program ini telah merencanakan program dengan lebih sistematik dan berkesan dengan mencapai kejayaan penurunan berat badan yang amat ketara kepada peserta-peserta. Rekod telah membuktikan bahawa program ini telah berjaya mencapai sasaran sebagai contoh rekod baru tercipta dengan penurunan berat badan yang paling tinggi adalah 5500971 LK I TNL Mardila binti Mazlan dari unit Depot Senggaraan Armada telah berjaya menurunkan berat badan sehingga 23.6 kg.  Dikalangan pegawai Lt Ariffin b. Mamat TLDM berjaya menurunkan berat badan 14 kg. Sementara Lt Kdr Mohd Tawil b. Tajudin berjaya mendapatkan susuk tubuh berotot dengan penurunan berat badan 9 kg.

 

Latihan Membina Ketahanan Bahagian Otot Perut
di Kolam Renang

 Latihan Membina Ketahanan Bahagian Otot Perut
di Kolam Renang


 

Biodata LK TNL Mohd Yatim

Biodata LK I TNL Mardilla

 

PENGURUSAN GEGAR LEMAK 2012

 

Penaung : Kept Jamalludin bin Mohd Saman TLDM

 

Pengurus : Lt Kdr Karim bin Sarbi TLDM

 

Ketua jurulatih : 826823 LK JJM Muhamad Zainudin bin Abdullah

 

Pengurusan/Rekod : 828095 LK I PKL Mohd Rahmad bin Bugis

 

 

 

Jurulatih Kardiovaskular & ABS :

 

1. 821036 PW I TMK Moktar Bin Ramli

 

2. 821623 LK PKL Rahman Bin Omar

 

3. 819306 LK I PKL Nordin Bin Masta

 

4. 829675 LK I PKL Gilbert Ak Barnabas

 

 

 

Jurulatih Renang :

 

1. 818562 BK PKL Jasni Bin Jaalani

 

2. 821575 BM PKLRamuyanAKTalit

 

4. 820087 LK PKL Jairi Bin Basri 





Rujukan : 020812/01

Sumber : Cawangan Perhubungan Awam Markas Armada

Last modified on Monday, 03 September 2012 09:54
Rate this item
(2 votes)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version