Majlis yang penuh bermakna ini bagi Warga PTKK ini khususnya dimulakan dengan Penyerahan Bungkusan Kuih Raya Aidilfitri oleh YB Datuk Hajah Zainab binti Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid (ADUN KARAMBUNAI) kepada Laksamana Muda Dato’Pahlawan Mohammad Rosland Omar. Majlis diserikan lagi dengan Penyerahan Bungkusan Kuih Raya Aidilfitri oleh PWL 2 kepada Pegawai-Pegawai Memerintah yang berkhidmat di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK).
Dalam Teks Ucapan PWL 2 ,Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa dan sumbangan bakti Warga TLDM yang berada di Wilayah Laut 2 khasnya yang tidak dapat pulang Berhari Raya atas keperluan tugas dan operasi. Ramadhan mempunyai keistimewaan sebagai bulan yang penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan kemuliaan, allamdulillah seperti tahun sebelumnya, Anggota TLDM dihargai oleh YB Adun Karambunai amnya,Kerajaan Negeri Sabah Khasnya.
Sumbangan bungkusan Kuih Raya ini amat bermakna bagi Warga Navy People. Ianya sedikit sebanyak akan dapat menaikkan moral warga anggota yang tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga. Di kesempatan ini juga PWL 2 turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh Warga navy People.
Rujukan : 130812/02
Sumber : Perhubungan Awam Markas Wilayah Laut 2
Artikel dan jurufoto : LK I PBK Ahmad Tarmizi Bin Zainol