PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH PASUKAN GUGUSAN SEMARANG PENINJAU DAN PERUTUSAN PANGLIMA WILAYAH LAUT 2 SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Kota Kinabalu 15 Ogos - Majlis serah terima tugas Pegawai Memerintah Pasukan Gugusan Semarang Peninjau Kdr Nor Azmi bin Tambi Chek TLDM kepada Lt Kdr Fatimah binti Kamaruddin TLDM yang disaksikan oleh Panglima  wilayah Laut 2 (PWL 2) Laksamana muda  Dato’ Pahlawan Mohammad  Rosland Omar. Turut hadir dalam majlis ini Ketua Staf Kept Yusri bin Hj Mohd Yunus TLDM, Pegawai Memerintah, Pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai unit naungan MWL2 serta warga PTKK.

 

 

Majlis ini dimulakan dengan upacara menandatangani nota serah terima tugas dan seterusnya menanggalkan dan pemakaian insignia. Majlis disudahi dengan ucapan Panglima Wilayah Laut 2 dalam ucapan beliau mengucapkan setinggi tahniah dan syabas atas perlantikan Lt Kdr Fatimah binti Kamaruddin TLDM sebagai Pegawai Memerintah Pasukan Gugusan Semarang Peninjau. Beliau berharap agar (PBGSP) mengorak langkah sebagai sebuah organisasi yang progresif, releven dan cekap dengan kehendak serta keperluan perkhidmatan dan menjadikan ia organisasi berprestij tinggi bukan sahaja dalam TLDM, malah terkenal ke seluruh rantau ini. Majlis diadakan di perkarangan Padang Kawad Kd Sri Kota Kinabalu(KDSKK).

 

Dalam teks ucapan PWL 2 Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut dalam masa yang terdekat ini,beliau menyeru kepada semua Warga Navy People agar berhati-hati memandu,rancang perjalanan,keselamatan rumah apabila di tinggalkan,buat laporan kepada Pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) selama kita bercuti. PWL 2 amat menitik beratkan segala aspek keselamatan agar segala nya berjalan dengan lancar tanpa sebarang malapetaka yang tidak diingini.Di kesempatan ini beliau mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aiidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh Warga Navy People. 

   


Rujukan : 170812/05
Sumber : Perhubungan Awam Markas Wilayah Laut 2
Artikel dan Jurufoto : LK  I PBK Ahmad Tarmizi Bin Zainol

Last modified on Tuesday, 04 September 2012 00:10
Rate this item
(0 votes)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version