Monday, 04 June 2012 16:29

PERKHEMAHAN PKBM (L) ZON TENGAH 2012 DI KEM RIMBA ILMU JUASEH NEGERI SEMBILAN

Written by 
Rate this item
(0 votes)

                                          

Perkhemahan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia PKBM (L) Peringkat Unit Penyelaras Zon Tengah telah dilaksanakan pada 28 Mei hingga 1 Jun 2012 bertempat di Tapak perkhemahan Kem Rimba Ilmu Juaseh, Negeri Sembilan.   Perkhemahan Peringkat Zon Tengah ini melibatkan sekolah-sekolah di bawah naungan Unit Penyelaras KD SRI GOMBAK.  Sebanyak 15 buah sekolah telah mengambil bahagian meliputi negeri Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan.  Unit Penyelaras Zon Tengah bersama Jabatan Pelajaran Negeri telah dipertanggungjawab untuk mengelola dan menyelaras perkhemahan pada kali ini. Seramai 278 peserta yang terdiri daripada ahli kadet PKBM (L), guru-guru, jurulatih serta pihak urusetia terlibat  di dalam perkhemahan ini. 

      

 

Aktiviti perkhemahan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada kadet PKBM (L) mengenai budaya maritim dan integrasi melalui aktiviti–aktiviti yang bersesuaian dengan etika kerja dan disiplin TLDM, memupuk semangat kerjasama berpasukan, di samping dapat membina keyakinan diri dan menanam sikap bertanggungjawab.  Selain itu, kadet-kadet terlibat juga dapat membina dan meningkatkan daya tahan mental dan fizikal melalui aktiviti-aktiviti lasak yang dijalankan.   

              

            Antara aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan tersebut adalah ceramah kerjaya, latihan pertahanan pangkalan, generall drill, ikatan dan simpulan tali.  Acara Jalan lasak, memasak rangsum tempur dan tiupan boatswain call dijalankan secara pertandingan bagi menjadikan acara tersebut lebih menarik dan meriah. Perkhemahan yang dijalankan selama 5 hari ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama dan respon yang baik daripada kadet-kadet yang terlibat.         
                 

            Malam simpulan kasih pada 31 Mei diserikan dengan persembahan yang bertemakan kebudayaan dan dipersembahkan oleh kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan.  Majlis penutup perkhemahan pada 1 Jun 12 disempurnakan oleh YBhg Ketua Staf MPL, Kept Syed Ahmad Hilmi bin Syed Abdullah TLDM mewakili Panglima Pendidikan TLDM. Wakil Unit Kokurikulum Negeri Sembilan juga hadir semasa majlis penutup tersebut.  Di dalam ucapan penutupnya, KS MPL merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam memberikan segala sumbangan tidak kira apa juga bentuk kerana apa yang diberikan adalah demi membangunkan modal insan yang berjiwa patriotik dan bersedia untuk menggalas cabaran demi membina generasi 1 Malaysia yang cemerlang di masa hadapan. 

 

Artikel:  PW II JJM Mohd Husin bin Idris

Foto:    LK I PAP Lop Azhar bin Mat Junoh

 

 

 

 

Read 1235 times Last modified on Monday, 04 June 2012 16:46
Login to post comments