Image
Image
Image

Select your language

Image
Image
Image

LUMUT, 20 Feb - Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin bin Hj Ludin bersama ahli Jawatankuasa Laksamana TLDM telah melaksanakan lawatan kerja ke limbungan Lumut Naval Shipyard (LUNAS) bagi meninjau perkembangan pembinaan projek Kapal Pesisir Pantai (LCS).

Kehadiran Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin telah disambut oleh Laksamana Pertama Ir. Ts. Franklin Jayasekhar Joseph selaku Ketua Pengarah Projek LCS TLDM serta diiringi oleh Komander Jal Shazidi bin Bassari TLDM (Bersara), Ketua Pegawai Operasi LUNAS Lumut dan Kepten Rosnizam bin Che Puteh TLDM (Bersara), Pengarah Projek LCS LUNAS.

Di dalam rangka lawatan, Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin bersama delegasi telah diberi taklimat kemajuan pembinaan LCS 1 dan LCS lain serta Shore Integration Facility (SIF) yang telah beroperasi.

Lawatan kerja ini membuktikan bahawa Pengurusan Tertinggi TLDM sentiasa melaksanakan pemantauan terhadap perkembangan fasa pembinaan LCS agar mengikut piawaian kualiti tertinggi mengikut spesifikasi dan dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Komitmen LUNAS dalam setiap fasa pembinaan sehingga ke hari ini juga membuktikan komitmen dan kerjasama jitu sebagai rakan strategik yang erat di dalam menyokong keperluan operasi TLDM.

LCS 1 dijadualkan untuk diserahkan kepada TLDM pada Ogos 2026 manakala kapal seterusnya dijadualkan diserah selang 8 bulan sehingga LCS 5 pada April 2029.

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image