Image
Image
Image

Select your language

PANJI-PANJI SKUADRON FRIGAT KE-23

Skuadron ke-23 terdiri daripada dua kapal frigat iaitu KD JEBAT dan KD LEKIU. Kedua-dua kapal mengabadikan nama dua pahlawan Melayu era Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 iaitu Hang Jebat dan Hang Lekiu. Seterusnya KD LEKIU telah dilancarkan pada Disember 1994, manakala KD JEBAT dilancarkan pada Mei 1995. Setelah selesai menjalani proses integrasi serta penyesuaian sistem kombat, akhirnya kapal telah ditauliahkan pada 7 Oktober 1999.

Detik bersejarah bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) apabila DYMM Sultan Selangor berkenan menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Panji-Panji Skuadron ke-23 iaitu Panji-Panji Pasukan yang ke-8 dalam TLDM. Skuadron ke-23 yang dianggotai Kapal Diraja (KD) JEBAT dan Kapal Diraja (KD) LEKIU dikurniakan Panji-Panji bedasarkan prestasi cemerlang dalam pelaksanaan tugas yang memberi impak terhadap tahap keselamatan perairan Negara. Pengurniaan Panji-Panji pasukan merupakan Istiadat gemilang dan penghormatan kepada TLDM kerana Panji-Panji merupakan lambang kemegahan, semangat dan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Raja dan Negara. Panji-Panji ini telah dianugerahkan pada 28 April 2018.

 

BACK

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image