Abadikan kenangan. Delegasi bergambar bersama warga Navy People di Stesen Jarak TLDM
LUMUT, 17 Mac - Laksamana Muda Datuk Hj Mohd Ridzuan bin Hamzah, Asisten Ketua Staf Materiel telah melaksanakan lawatan kerja ke Stesen Luar Pantai Pulau Jarak TLDM atau lebih dikenali sebagai STESEN JARAK TLDM. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau pengoperasian STESEN JARAK TLDM yang telah diambil alih sepenuhnya oleh TLDM dari Tentera Darat Malaysia pada 27 Dis 19 yang lalu. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan bagi mendapatkan input yang lebih jelas terhadap keperluan logistik yang kritikal bagi stesen ini.
Lawatan ini turut disertai oleh Pengarah Kanan Materiel, Laksmana Pertama Hj Jailani bin Adnan serta wakil dari Bahagian Materiel, Markas Tentera Laut serta Bahagian Logistik, Markas Pemerintahan Armada Barat. Kehadiran delegasi telah disambut oleh Pegawai Laksana STESEN JARAK TLDM, Lt Dya Nik Muhammad Faisal bin Mah Hassan TLDM yang turut membawa delegasi meninjau penempatan sementara yang didiami oleh anggota STESEN JARAK TLDM. Beliau turut mengiringi delegasi ke tapak pembinaan penempatan kekal yang kini giat dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Laksda Datuk Hj Mohd Ridzuan turut mengambil peluang untuk lebih mendekati warga Navy People yang bertugas di sini bagi memahami keperluan dalam meningkatkan kualiti kerja dan persekitaran di pulau tersebut. Dengan lawatan ini, diharapkan penambahbaikan terhadap keperluan warga Navy People di sana dapat dilaksanakan sebaiknya demi menjamin produktiviti yang lebih efektif dan efisien.
Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Best Viewed : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
COPYRIGHT | PRIVACY & POLICY | DISCLAIMER | SITE MAP