Sesi bergambar Bersama ahli Bengkel
BUTTERWORTH, 9 Apr – Inisiatif untuk memperkasakan tool sedia ada agar menggunakan big data analytic bagi keperluan perancangan penugasan Pegawai Jurutera TLDM dan anggota teknisyen di Kapal/Unit sedang dirangka. Justeru bagi kick-off keperluan ini, bengkel mengemaskini Senarai BPR, penyelarasan RALA agar relevan, selain verifikasi data sumber manusia warga teknikal telah dilaksanakan di Unit Bantuan Utara TLDM, Butterworth dari 6 hingga 9 Apr 21. Bengkel telah dihadiri oleh Pegawai Kejuruteraan dari unit yang terpilih.
Tool yang diperkasakan ini akan menggunakan Artificial Intelligence (AI), selain deep learning dijangka melancarkan lagi perancangan penugasan Pegawai Jurutera TLDM serta warga teknikal secara lebih meluas serta efektif. Salah satu pendekatan penugasan ialah “deployment within respective flotilla cluster”.
Selain keperluan perancangan penugasan di Kapal/Unit, bengkel turut merangka mekanisme agar tool sedia ada ini membolehkan usaha untuk mengenal pasti calon sumber manusia teknikal bagi dijadikan Subject Matters Expert (SME) dapat direalisasikan, tertakluk kepada data berkaitan attitude dan prestasi kerja.
Output pelaksanaan bengkel ini serta tool yang diperkasa akan memastikan pengisian perjawatan Pegawai Kejuruteraan serta anggota teknikal di masa akan datang adalah lebih berkesan, menggunakan pendekatan IR4.0.
Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Mk TL
Artikel : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto : Cawangan Pembangunan Sumber, Bahagian Kejuruteraan, Mk TL
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Best Viewed : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
COPYRIGHT | PRIVACY & POLICY | DISCLAIMER | SITE MAP