Image
Image
Image

Select your language

Peserta Bengkel Penetapan Kursus TLDM (HRMIS) Siri 1/20

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Bengkel Penetapan Kursus TLDM (HRMIS) Siri 1/20 yang melibatkan 18 orang peserta terdiri daripada 12 Markas Formasi telah dijalankan selama 3 hari mulai 17 hingga 19 Ogos 20. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Kept Mohd Adzam bin Omar TLDM, Pengarah Pengurusan Sumber Manusia.

Antara objektif Bengkel Penetapan Kursus TLDM (HRMIS) Siri 1/20 ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenalpasti senarai nama dan kod kursus TLDM yang didaftarkan di dalam HRMIS ATM. Seterusnya mengenalpasti senarai kursus mengikut kategori kursus iaitu kursus BPR, kursus kerjaya dan kursus pengukuhan serta membangunkan cadangan draf Buku Kursus TLDM sebagai panduan bagi pemilik proses (penganjur).

Selain itu, bengkel turut menjemput penceramah jemputan daripada Markas ATM – BPA (JRP) iaitu Mejar Azizi bin Elias bagi memberi taklimat berkenaan Status Semasa HRMIS ATM, kekangan yang dihadapi dan rancangan masa hadapan berkaitan hala tuju Sistem HRMIS ATM.

Sumber : Seksyen BPR & HRMIS
Artikel   : Lt Dya Nur Fatihah binti Hayuza PSSTLDM
Foto      : LK I TNL Fatien Nur Izatie binti Mahadi

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image