Image
Image
Image

Select your language

Panglima Armada Timur turut berkongsi amanat dan harapan kepada Bintara yang hadir

KOTA KINABALU, 18 Jul - Jelajah Seminar Bintara diteruskan dengan penganjuran di Wilayah Timur minggu ini. Seminar yang dinamakan Seminar Bintara Wilayah Timur atau 'SBWT' telah berlangsung selama dua hari bermula semalam serta melibatkan seramai 150 Bintara TLDM yang terdiri daripada warga Navy People berpangkat Bintara Muda sehingga Pegawai Waran I.

Penganjuran seminar ini adalah suatu platform yang merangkumi sesi perkongsian maklumat dan pengetahuan daripada 'Subject Matter Expert', melalui ceramah, perbahasan dan interaksi sosial.

Dengan objektif memperkasakan ilmu dan keyakinan bintara bagi membantu pengurusan peringkat atas, platform ini digunakan semaksimumnya bagi meningkatkan kesedaran bintara mengenai cabaran yang dihadapi TLDM pada masa kini. Ia turut menggalakkan percambahan serta perkongsian pandangan dan idea dalam mengatasi isu berkaitan pencapaian kesiagaan tertinggi organisasi.

Peluang ini turut dijadikan serampang dua mata untuk melahirkan bintara yang profesional dan kreatif serta inovatif selari dengan tanggungjawab sebagai 'tulang belakang' perkhidmatan, yang seterusnya dapat memacu organisasi TLDM ke arah kecemerlangan.

Terdahulu, majlis perasmian telah disempurnakan Inspektorat Jeneral TLDM, Laksamana Muda Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin sebelum sesi pembentangan kertas kerja, sesi interaksi dimulakan. Program hari kedua yakni hari terakhir turut dipenuhi dengan pengisian Ceramah Modal Insan, Sesi Perkongsian oleh Timbalan Panglima Armada Timur, Wacana bersama Pegawai Waran TLDM serta Perkongsian Ilmu dalam Komunikasi dan Sistem Informasi di dalam TLDM.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato' Pahlawan Hj Muhammad Ruzelme bin Hj Ahmad Fahimy yang turut hadir telah berkongsi amanat dan harapan beliau kepada barisan Bintara. Mengakhiri seminar kali ini, beliau telah menyampaikan Sijil Penyertaan serta cenderahati sebagai tanda kenangan.

Seminar ini adalah langkah proaktif yang perlu kesinambungan bagi melahirkan generasi kepimpinan yang berkualiti dan berkredibiliti. TLDM sentiasa memandang ke hadapan dalam mempertingkat profesionalisme warganya tanpa mengira pangkat dan sempadan.

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image