KUALA LUMPUR, 29 Mei - Lt Kdr Mohamad Nizam bin Wan Chik TLDM (Bersara), seorang Penyelam Ranjau (Clearance Diver) ketika berkhidmat dalam TLDM, pernah menyelamatkan nyawa seorang kenamaan negara daripada lemas. Kejadian berlaku pada tahun 2009 di sebuah pulau peranginan terkenal di Malaysia.
Semasa kejadian, Lt Kdr Mohamad Nizam sedang menyelam di kedalaman lebih kurang 20 meter. Beliau melihat seorang penyelam lain di lokasi yang lebih dalam dan berasa curiga melihat penyelam tersebut.
Tanpa berfikir panjang, beliau telah mengejar penyelam tersebut dan menghampirinya di kedalaman 40 meter yang agak merbahaya kepada penyelam amatur. Lt Kdr Mohamad Nizam berjaya mencegah penyelam tersebut daripada terus jatuh dan secara perlahan-lahan membawa beliau naik ke permukaan mengikut SOP selaman. Risiko decompression sickness atau dekompresi adalah tinggi jika seseorang penyelam tidak mengikut tatacara selaman yang betul, walaupun untuk menyelamatkan penyelam lain.
Dalam temubual eksklusif bersama Lt Kdr (B) Mohamad Nizam di pejabat Ketua Jurutera TLDM baru-baru ini, beliau memaklumkan bahawa beliau terpaksa bertindak pantas tanpa berfikir panjang kerana penyelam tersebut berisiko tinggi untuk lemas. Ini kerana beliau dapati ada yang tidak kena semasa aktiviti selam tersebut, iaitu:
1. Penyelam SCUBA tersebut telah berada di kedalaman 20 meter tetapi menggunakan satu balang sahaja (single tank).
2. Tiada dive-buddy yang menemani beliau.
3. Penyelam tersebut di awal selaman diyakini telah mengalami negative buoyancy dan terus “jatuh”, mungkin dalam keadaan panik.
4. Lokasi kedalaman menyelam melebihi 100 meter, di mana jika berada di kedalaman melebihi 50 meter, penyelam boleh hilang orientasi (disorientation).
Tindakan serta merta Lt Kdr (B) Mohamad Nizam menyelamatkan nyawa seseorang dan keberanian beliau diiktiraf apabila menerima Pujian Panglima Tentera Laut pada tahun 2013.
Pengajaran (lesson learnt) dari insiden ini khususnya kepada penyelam SCUBA amatur ialah kepentingan mengetahui status diri penyelam serta set selaman yang digunakan, samada dalam keadaan neutral, negative buoyancy atau positive buoyancy sebelum memulakan aktiviti selaman. Tindakan pantas serta keberanian Lt Kdr (B) Mohamad Nizam ini wajar dijadikan motivasi serta inspirasi kepada warga Navy People
Sumber : RMN Chief Engineer Office, Bahagian Kejuruteraan, Mk Tentera Laut
Artikel : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto : Bahagian Sumber Manusia, Mk TL
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Best Viewed : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
COPYRIGHT | PRIVACY & POLICY | DISCLAIMER | SITE MAP