KUALA LUMPUR, 9 Jul - Sambutan Hari Inovasi Tentera Laut Diraja Malaysia Tahun 2021 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Panglima Tentera Laut pada 9 Julai 2021 secara maya. Manakala, penyampaian hadiah Anugerah Inovasi Tentera Laut (AITL) Tahun 2020 telah diwakilkan kepada Panglima Markas Pemerintahan dan Markas Formasi.
Penganjuran Hari Inovasi terus menjadi antara agenda penting TLDM untuk mengiktiraf usaha warga Navy People dalam menambah baik keberkesanan penyampaian perkhidmatan TLDM melalui penghasilan projek-projek inovasi yang berkualiti dan berimpak tinggi.
Justeru, sambutan Hari Inovasi TLDM diteruskan dengan mematuhi sepenuhnya SOP pandemik COVID-19 agar dapat memberi dorongan kepada warga Navy People untuk terus membudayakan kreativiti dan inovasi.
“If you want something new, you have to stop doing something old”. - Peter F. Drucker
Sumber : Markas Tentera Laut - Bahagian Inspektorat Jeneral (Cawangan Pengurusan Inovasi)
Artikel : Lt Dya Nurnatasha Adrina binti Abdul Malek PSSTLDM
Foto : LK TNL Mohd Badrul Hisham bin Che Hussin
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Best Viewed : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
COPYRIGHT | PRIVACY & POLICY | DISCLAIMER | SITE MAP