Image
Image
Image

Select your language

Kept Ir. Hj Ahmad Fahmi (kiri) semasa di USCGA

  1. Kept Ir. Hj Ahmad Fahmi bin Jahaya TLDM adalah seorang Licensed Aircraft Engineerdan sejak tahun 2018, beliau merupakan Jurutera Udara Terkanan (Senior Air Engineer) di dalam TLDM. Bekas pelajar Maktab Tentera Diraja ini memulakan kerjaya sebagai pegawai TLDM pada tahun 1995 setelah menamatkan latihan kadet di United States Coast Guard Academy(USCGA).
  2. Komitmen tinggi beliau ketika bertugas di Skuadron 501 telah menyumbang kepada kejayaan helikopter Super Lynx TLDM mencapai flying hourstertinggi di dunia iaitu 10,000 jam dalam tempoh 15 tahun tanpa sebarang insiden tidak diingini. Pencapaian ini mendapat pengiktirafan Leonardo, syarikat pengeluar helikopter tersebut, di LIMA ’19.
  3. Kept Ir. Hj Ahmad Fahmi adalah seorang Pegawai Kejuruteraan TLDM yang berkelayakan Professional Engineerberdaftar dengan Board of Engineers(BEM) Malaysia. Selain kepakaran dalam senggaraan helikopter, beliau juga pernah berkhidmat di kapal TLDM. Pengalaman dan know-how beliau yang luas telah membuahkan idea untuk membangunkan konsep Standard Exchange dalam senggaraan berjadual kapal. Konsep ini telah dikembangkan oleh Ketua Jurutera TLDM menjadi metodologi SMART Refit yang boleh memendekkan masa senggaraan sesebuah kapal.
  4. Di luar kerjaya beliau, Kept Ir. Hj Ahmad Fahmi aktif dalam sukan olahraga, khususnya dalam acara larian pecut. Kept Ir. Hj Ahmad Fahmi TLDM pernah memecahkan rekod acara 55 meter pecut dalam masa 6.61 saat ketika di USCGA. Rekod beliau telah bertahan selama 16 tahun, dan sehingga kini beliau masih lagi memegang rekod sebagai pelari kedua terpantas dalam acara tersebut. Dalam acara 200 meter pula, beliau adalah dalam kelompok 10 pelari terpantas USCGA.
  5. Bagi meningkatkan kerjaya beliau, Pegawai telah melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2015. Kept Ir. Hj Ahmad Fahmi telah menerima Anugerah Dekan dengan GPA 4.0 bagi semester kedua beliau. Pegawai juga merupakan peserta kursus Maktab Turus Angkatan Tentera dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera. Lebih membanggakan, research paperbeliau di kedua-dua institusi tersebut telah diterbitkan di majalah rasmi masing-masing pada tahun 2008 pada tahun 2016.

Sumber : RMN Chief Engineer Office , Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image