Image
Image
Image

Select your language

Selesai. Peserta Kursus dan Sekretariat bergambar bersama SUB Bahagian Pembangunan, KEMENTAH

KUALA LUMPUR, 9 Sep - TLDM adalah agensi pertama di bawah naungan Kementerian Pertahanan Malaysia yang berhasrat untuk melaksanakan Facility Management (FM) terhadap selenggaraan dan pengoperasian fasilitas kapal selam secara Performance-based Contract (PBC).

Selain itu, Kementerian Pertahanan juga merupakan kementerian pertama yang diberi kelulusan khas untuk melaksanakan FM tanpa melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR), iaitu pihak berkuasa terhadap FM di Malaysia. JKR merupakan peneraju pelaksanaan FM bagi aset Kerajaan, yang telah dilaksanakan di beberapa kementerian lain.

Bagi mencapai objektif inisiatif baharu ini, satu bengkel 3-hari untuk membangunkan dokumen FM telah dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kementerian Pertahanan dengan kerjasama tenaga pakar dari pihak JKR. Penutup bengkel hari ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dr Hj Al-Azmi bin Bakar, Setiausaha Bahagian Perolehan, Kementerian Pertahanan.

FM adalah kaedah di mana sesuatu aset dioperasikan oleh firma swasta untuk kegunaan TLDM berdasarkan prestasi (performance) yang ditetapkan bagi menyokong pengoperasian kapal selam. Justeru, keperluan selenggaraan, pembaikan, pengurusan selengggaraan serta upkeep aset infrastruktur kapal selam perlu dilaksanakan oleh Pemegang Kontrak. Pada masa ini, pelaksanaan FM kapal selam adalah menggunakan kontrak In-Service Support (ISS).

Khidmat tenaga pakar berkaitan FM daripada JKR sebagai fasilitator bengkel telah memberikan banyak pengajaran dalam aspek know-how, sebelum FM ditender secara Tender Terbuka.

Seramai 35 orang peserta telah mengikuti bengkel ini, terdiri daripada 5 warga Navy People, seorang pegawai Bahagian Perolehan dan 29 orang peserta daripada Bahagian Pembangunan kementerian. Hasil daripada bengkel, beberapa pelan tindak telah ditetapkan agar kontrak FM dapat direalisasikan pada tahun 2023.

Berdasarkan inisiatif ini, warga Navy People disaran agar terus berinovasi serta memajukan inisiatif baharu untuk membolehkan TLDM terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung
Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Foto      : Bahagian Pembangunan, Kementerian Pertahanan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image