Image
Image
Image

Select your language

Sesi bergambar bersama Peserta KPPK 2 (WE - C&S 1) Siri 3/21

LUMUT, 23 Apr – Dalam peperangan moden hari ini, Sistem Persenjataan melibatkan Command, Control and Surveillance di sesebuah kapal perang adalah kritikal bagi kejayaan sesuatu misi. Justeru bagi memastikan sistem ini berfungsi sepenuhnya, selenggaraan yang berkesan dan keupayaan mengoperasikannya secara optimum adalah penting. Bagi mencapai matlamat ini, Kursus Pertengahan Pegawai Kejuruteraan 2 (WE – Command and Surveillance 1) Siri 3/21 selama tiga minggu telah dilaksanakan di KD SULTAN IDRIS I. Bak kata pepatah “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”. Dengan yang demikian, seramai 12 pegawai berpangkat Leftenan Madya TLDM telah menjalani latihan ini.

Melalui latihan ini, Pegawai Muda kejuruteraan Elektrik dan Senjata dilatih dalam aspek Command and Control System, Surveillance System (Surface and Air), Surveillance System (Underwater) dan Fire Control System (FCS). Ilmu ini adalah sebagai bekalan (persiapan) dijawatkan di kapal TLDM. Sebahagian Pegawai akan dikenal pasti untuk dijadikan Subject Matter Expert (SME).

Selain ilmu Command, Control and Surveilance, sedikit pendedahan kepada Sistem Selenggaraan Kapal (SSK) bagi memahami pelaksanaan metodologi selenggaraan di kapal turut dilaksanakan. Maklumat tambahan berkaitan SSK ini boleh dilayari di pautan berikut:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3964468033611175&id=355294844528530

Tujuan utama latihan ini adalah sebagai persiapan awal dalam aspek Human Capital memandangkan pihak TLDM dalam tempoh terdekat merancang MENGGEMBALIKAN SEMULA keupayaan tempur asal beberapa kapal agar memiliki Command and Control System, atau sekurang-kurangnya Fire Control System (FCS). Diyakini, warga Navy People turut bangga dengan inisiatif ini memandangkan kapal dijangka akan mempunyai “taring”.

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : KD SULTAN IDRIS I

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image