LUMUT, 28 Apr – Warga Navy People dan rakyat Malaysia amat berbangga dengan pencapaian cemerlang 32 tahun Cawangan Udara TLDM sejak penubuhannya pada tahun 1988, iaitu TIADA KEMALANGAN atau ZERO ACCIDENT. Justeru, TLDM setakat ini adalah satu-satunya Agensi Kerajaan yang memiliki pesawat udara, termasuk firma swasta di Malaysia yang berjaya mengekalkan rekod ini (zero accident) sejak penubuhan. Kecemerlangan ini melibatkan pengoperasian 4 jenis pesawat, iaitu Wasp HAS MK1, AS 355 Squirrel, Super Lynx Mk 100 dan AS 555 SN Fennec dengan jumlah accumulated flying hours menghampiri 50,000 jam, suatu jumlah yang tinggi.
Selain itu di peringkat antarabangsa, TLDM turut menerima pengiktirafan daripada pengeluar pesawat (OEM) bagi pencapaian 10,000 jam penerbangan selamat pesawat Super Lynx Mk 100 dan 20,000 jam penerbangan selamat pesawat AS 555 SN Fennec. Maklumat adalah seperti di pautan berikut:
https://www.navalnews.com/event-news/lima-2019/2019/03/rmn-fennec-super-lynx-celebrating-15-years-of-operational-service/#:~:text=The%20Fennec%20fleet%20has%20the,flight%20hours%20without%20any%20accident dan https://dfnc.ru/en/vystavky1/the-royal-malaysian-navy-receives-airbus-excellence-in-flight-safety-operations-award/.
Lebih membanggakan, pencapaian ini boleh dianggap setanding dengan rekod QANTAS Airline yang ditubuhkan 100 tahun yang lalu pada tahun 1920, dimana disenarai sebagai zero accident, world’s safest airline 2021 untuk 3 tahun berturut-turut.
Berdasarkan pencapaian with flying colours ini, TLDM amat menghargai jasa dan khidmat cemerlang warga Cawangan Udara TLDM, khususnya tulang belakang yang melibatkan ground crew. Sehubungan itu sebagai tanda penghargaan, Panglima Tentera Laut hari ini telah menyempurnakan pemakaian Lencana Kepakaran Kejuruteraan Udara TLDM kepada Pegawai Jurutera Udara dan Juruteknik Pesawat yang layak sempena sambutan hari TLDM ke-87.
Seramai 6 penerima Lencana Kepakaran Kejuruteraan Udara melibatkan Pegawai Jurutera Udara dan Juruteknik Pesawat yang diketuai oleh Kepten Ir. Hj Ahmad Fahmi bin Jahaya TLDM, selaku Senior Air Engineer (SAE) TLDM telah dianugerahkan lencana (insignia). Selebihnya, pemakaian lencana bagi 11 orang PJU dan 132 orang JP telah disempurnakan oleh Panglima Udara TLDM. Maklumat tambahan berkaitan Kepten Ir. Hj Ahmad Fahmi bin Jahaya TLDM adalah seperti di pautan berikut: https://www.facebook.com/355294844528530/posts/3582282045163111/
Kecemerlangan Cawangan Udara TLDM ini wajar dijadikan pembakar semangat serta motivasi kepada warga Navy People yang lain bagi kegemilangan TLDM. Justeru, sekali lagi sekalung tahniah kepada Cawangan Udara TLDM dan teruskan kecemerlangan.
Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Mk Tentera Laut
Artikel : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts Mohd Shaiful Adli Chung
Foto : PR Markas Pemerintahan Armada Barat dan Markas Pangkalan Lumut
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Best Viewed : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
COPYRIGHT | PRIVACY & POLICY | DISCLAIMER | SITE MAP