Image
Image
Image

Select your language

Sidang video menjadi norma baharu Navy to Navy Talks TLDM-TLDA

KUALA LUMPUR, 24 Nov - Navy to Navy Talks (N2NT) di antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan Tentera Laut Diraja Australia (TLDA) kali ke-14 telah berlangsung buat julung kalinya secara video teleconference.

N2NT merupakan platform perbincangan dua hala dalam membincangkan aktiviti-aktiviti bilateral antara kedua-dua tentera laut. Topik perbincangan kali ini termasuk mengenai kerjasama ketenteraan, latihan dan eksesais bersama.

Mesyuarat pada kali ini telah dipengerusikan secara bersama oleh Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksdya Datuk Abdul Rahman bin Ayob dan rakan sejawat beliau di TLDA, Rear Admiral Christopher Smith.

Sumber : Cawangan Hubungan Antarabangsa, Bahagian Operasi dan Strategi, Markas Tentera Laut
Artikel   : Lt Kdr Muhammad Shahir bin Salleh TLDM
Foto      : LK PNK Mohamad Fairuz bin Mohamad Azman

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image