KD SELANGOR sebagai Ketua Gugus Tugas (CTG) berjaya laksanakan Penembakan 76mm Medium Range Gun atau A-Gun dalam Perang Borneo 3/21 semalam
KOTA KINABALU, 26 Mac - Perang Borneo Siri 3/21 terlaksana penuh jaya di sekitar Perairan Laut China Selatan semalam.
Siri latihan kali ini telah melibatkan lima buah kapal Armada Timur seperti KD SELANGOR, KD KEDAH, KD SUNDANG, KD SERANG dan KD GANAS serta tiga buah kapal Markas Wilayah Laut 2 iaitu KD YU, KD TODAK dan KD PARI. Turut menyertai latihan kali ini adalah Helikopter Fennec TLDM serta sebuah Bot Tempur CB90.
Eksesais Intra-TLDM ini dilaksanakan bertujuan menguji dan menilai keupayaan serta kesiagaan aset Armada Timur dalam peperangan maritim terutama dalam aspek peperangan, navigasi dan ilmu kelautan.
Selain menguji tahap keupayaan anggota serta aset yang beroperasi di Sabah, eksesais ini turut bertujuan memperagakan kehadiran TLDM di Perairan Laut China Selatan di samping menjadi platform persediaan bagi warga #NavyPeople yang akan menyertai Eks KERISMAS yang dijangka dilaksanakan di pertengahan tahun nanti.
Sumber : Bahagian Komunikasi Strategik MPA Timur
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Best Viewed : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
COPYRIGHT | PRIVACY & POLICY | DISCLAIMER | SITE MAP