Image
Image
Image

Select your language

Mesyuarat Varifikasi Harga (CV) Pasang Pulih KD PERAK

PTJ Bahagian Kejuruteraan (JUTRA), Mk TL adalah salah salah satu daripada 113 PTJ yang terdapat di Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), dimana TLDM mempunyai sejumlah 20 PTJ. Sebagaimana diketahui ramai, setiap PTJ mempunyai fungsi dan peranan yang khusus untuk keperluan perkhidmatan atau pembekalan di setiap Markas dan Formasi. Namun dalam banyak-banyak PTJ tersebut, PTJ JUTRA, Mk TL adalah PTJ yang unik dalam aspek metodologi pengurusan kewangan bagi perkhidmatan yang diterima. Ini disebabkan terdapat sekurang-kurangnya 2 elemen yang unik iaitu:

  1. Kaedah Perolehan. Perolehan tidak dilaksanakan oleh PTJ Jutra, sebaliknya dilaksanakan oleh Unit Pelaksana atau Markas Logistik berkaitan, termasuk penyediaan spesifikasi keperluan senggaraan. Setelah dilaksanakan proses perolehan perkhidmatan, permohonan dimajukan ke PTJ JUTRA untuk kelulusan. Bagi keperluan perkhidmatan selenggaraan berjadual seperti refit, penganugerahan diputuskan oleh Lembaga yang khusus iaitu Jawatankuasa Induk Pembahagian Bot dan Kapal TLDM (JPK TLDM) yang dipengerusikan oleh SUB Bahagian Perolehan.
  2. Metodologi Pembayaran. Semua perolehan yang diluluskan oleh PTJ JUTRA atau JPK TLDM akan melalui proses tapisan dan semakan, sebelum boleh dibayar setelah Mesyuarat Teguran Harga (Cost Query - CQ) dan/atau Mesyuarat Verifikasi Harga (Cost Verification – CV). Dalam erti kata lain, pembayaran dilaksana berdasarkan Harga Wajar, bukan Harga Tawaran terhadap tender atau Sebutharga. Umumnya, Harga Wajar tidak boleh melebihi Harga Tawaran, dimana Harga Tawaran adalah siling nilai pembayaran. Bagi sebahagian besar PTJ di KEMENTAH, pembayaran di setiap PTJ adalah berdasarkan Tawaran Harga Petender yang memenangi tender atau Tawaran Harga firma yang terpilih untuk sesuatu sebutharga.

Keunikan proses kerja serta kewangan PTJ JUTRA ini adalah selari dengan Pekeliling Perbendaharaan PK 2.1 Artikel 15 dimana ditekan keperluan pembayaran perlu berdasarkan Harga Wajar, bukannya Harga Tawaran tender atau sebutharga. Selain itu, metodologi perolehan dan pembayaran yang unik ini menyebabkan Pemusatan Kuasa tidak berlaku dalam perolehan perkhidmatan selenggaraan. Sungguhpun keperluan pengasingan Pemusatan Kuasa tidak dinyatakan di sebarang Pekeliling atau pengarahan, kecuali saranan oleh Juruaudit, metodologi pengurusan kewangan di PTJ JUTRA telah merealisasikan pendekatan ini sejak tahun 1980an lagi. Jabatan Audit Negara (JAN) kini sedang mempertimbangkan model pengurusan kewangan sedemikian di PTJ JUTRA untuk dipanjangkan ke PTJ yang terpilih untuk penilaian dan pemantauan. Ini disebabkan ianya melindungi banyak kepentingan Kerajaan. Pada masa yang sama Kementerian Kewangan sedang mengkaji untuk memperluaskan pendekatan yang dilaksanakan oleh PTJ JUTRA ini untuk dipanjangkan ke kementerian-kementerian lain.

Artikel : Laksda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image