KUCHING, 14 Okt – Yang Berbahagia Panglima Pasukan Simpanan TLDM, Laksamana Pertama Zainul Rashid Bin Abdullah telah membuat beberapa kunjungan hormat sempena Lawatan Kerja ke Kuching bermula hari ini.
Kunjungan hormat pertama dimulakan ke atas Yang Berusaha Encik Hikmatullah Bin Haji Ahmad Khan, Pengarah Politeknik Kuching Sarawak. Panglima Pasukan Simpanan dan delegasi Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM telah diberikan taklimat berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan terutama sekali berkaitan dengan aktiviti berkaitan dengan Pasukan Latihan Anggota Simpanan TLDM atau PLAS TLDM Politeknik Kuching Sarawak.
Kunjungan hormat kedua pula adalah ke atas Yang Berbahagia Datu Dr. Chai Khin Chung, Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia. Panglima dan delegasi telah diterangkan mengenai aspek dan tanggungjawab UKPN Sarawak dan diperkenalkan dengan Sarawak Coastguard sebagai sebuah agensi negeri yang baru, bernaung di bawah Jabatan ketua Menteri Sarawak.
Disamping mengeratkan tali persahabatan dan silaturahim antara agensi pertahanan, penguatkuasaan dan Pendidikan, Kunjungan Hormat ini juga secara tidak langsung memperkenalkan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia kepada masyarakat luar.
Sumber : PR PWTL KUCHING
Artikel : Lt M Syful Mirza bin Alluwie PSSTLDM
Foto : LK TNL Ajariah binti Umar
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Best Viewed : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
COPYRIGHT | PRIVACY & POLICY | DISCLAIMER | SITE MAP