KUCHING, 02 Nov – Kunjungan Hormat Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching, YBhg Lt Mohd Ismail Bin Yakub TLDM ke atas Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, YDH SAC Razali Bin Mohamad memantapkan lagi kerjasama dua hala antara kedua-dua pihak terutama aspek latihan di samping sebagai agensi yang mengawal keselamatan dan mempertahankan kedaulatan negara.
Hadir sama adalah Pegawai Laksana PSTL Kuching, Lt Kdr Kenny Wong Toh Wee PSSTLDM dan Pembantu Pegawai Staf PSTL Kuching, Lt M Nurharun Bin Samsuddin PSSTLDM berlangsung selama satu jam banyak membincangkan hal-hal yang berkaitan terutama dari segi latihan, penggunaan kemudahan lojistik dan pusat latihan sebagai memantapkan kemahiran warga PSTL Kuching dalam semua aspek.
Pihak PULAPOL Kuching juga sedia berkongsi kepakaran dan ilmu pengetahuan dalam bidang persenjataan serta perundangan sebagai memantapkan lagi kemahiran setiap warga.
Kunjungan Hormat telah diadakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard seperti yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak bagi mengelak penularan wabak COVID-19
Sumber : PR PWTL Kuching
Artikel : Lt M Syful Mirza bin Alluwie PSSTLDM
Foto : LK I TNL Muhammad Zulhisyam bin Mohd Zuki
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Best Viewed : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
COPYRIGHT | PRIVACY & POLICY | DISCLAIMER | SITE MAP