Image
Image
Image

Select your language

Panglima MAWILLA 2 menyampaikan cenderamata kepada Menteri Pertahanan Kedua Brunei

SANDAKAN, 4 Feb – Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) telah diberi penghormatan untuk menerima kunjungan daripada Menteri Pertahan Kedua Brunei, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan delegasi sempena lawatan kerja sehari ke Sandakan pada hari ini.

Delegasi ini turut disertai oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Brunei (ABDB), Ketua Staf Markas Angkatan Bersama ABDB dan Penasihat Pertahanan Brunei di Kuala Lumpur. Ketibaan delegasi ke Pangkalan TLDM Sandakan, MAWILLA 2 telah disambut oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), Laksamana Muda Dato’ Sabri bin Zali dan Pegawai-Pegawai MAWILLA 2.

Terdahulu, Yang Berhormat Pehin telah menandatangani buku pelawat sebelum diberikan Taklimat Eksekutif MAWILLA 2 yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Operasi (KBO), Komander Jamhari bin Katimin TLDM. Dalam rangka lawatan singkat ini, delegasi turut diberi walking brief di sekitar Tambatan Pangkalan Sandakan (TPS) dan melawat ke KD JEBAT yang sedang berlabuh di TPS. Kunjungan yang julung kali dilaksanakan di MAWILLA 2 dan Sandakan ini juga dilihat bakal membuka suatu lembaran baharu dalam perhubungan antarabangsa antara Malaysia - Brunei amnya dan TLDM - ABDB khasnya. Di samping itu, lawatan ini juga dijadikan ruang untuk memperkenalkan produk-produk pelancongan dan kelebihan yang terdapat di daerah ini yang boleh diketengahkan dalam usaha menarik minat pelancong-pelancong dari Brunei untuk datang melancong ke Sandakan.

Yang Berhormat Pehin dan deligasi pada sebelumnya telah melaksanakan lawatan kerja di Tawau pada 2 – 4 Feb 20 sebelum tiba di Sandakan dan meneruskan penerbangan pulang ke Brunei pada sebelah malam hari yang sama. Sesungguhnya lawatan ini dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin selama ini di antara Malaysia dan Brunei sama ada melalui hubungan diplomatik mahu pun kerjasama ketenteraan antara ABDB dan TLDM.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel   : Lt Kdr Ahmad Fitri bin Osman TLDM
Foto      : LK l TLR Ahmad Shukri bin Sama

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image