Image
Image
Image

Select your language

Panglima Tentera Darat dan Panglima Armada Barat berpuas hati dengan taklimat lokasi SJR

LUMUT, 20 Apr - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi turun padang ke Pangkalan TLDM Lumut bagi melaksanakan tinjauan ke lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) OP PENAWAR Siri 1/20 di Sektor Daerah Manjung.

Panglima Tentera Darat yang hadir menaiki helikopter Agusta milik Tentera Darat disambut baik oleh Panglima Armada Barat di Markas Udara TLDM sebelum dibawa ke dua lokasi SJR di Changkat Chermin dan Shell Lumut. Lawatan kerja sehari ini bertujuan memantau kelancaran operasi dan melihat dengan lebih dekat penugasan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki Fasa Ketiga bermula 15 hingga 28 Apr 20.

Lawatan ini turut disertai oleh Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Mohd Nazri bin Hj Mami, Panglima Logistik TD, Lt Jen Dato’ Hanafiah bin Jaafar, AKS Sumber Manusia TD, Mejar Jeneral Dato’ Badrul Hisham bin Muhammad dan Pengarah Seketeriat TD, Kol Samsul Rizal bin Musa.

Selain meninggalkan nota yang menyuntik semangat kepada petugas barisan hadapan SJR, Panglima Tentera Darat turut mendengar taklimat perkembangan terkini tentang statistik pergerakan kenderaan selain turut meluangkan masa beramah mesra dengan petugas SJR bagi mendapatkan input dan memberikan kata-kata semangat kepada setiap petugas. Beliau turut menyerahkan sumbangan kepada petugas SJR sebagai penghargaan ke atas pengorbanan masa dan tenaga yang dicurahkan.
 
Sesungguhnya, lawatan ini nyata memberi impak positif kepada petugas selain turut mencerminkan sikap prihatin kepimpinan tertinggi kepada petugas.

Sumber : Bahagian Komunikasi Strategik MPAB
Artikel   : P/BM TNL Norazi bin Ismail
Foto      : LK PAP An Nur Ehsan @ Zahir bin Almonsani

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image