DENGKIL, 1 Ogos - Seramai 4 pegawai dan 37 anggota menyertai lawatan kesedaran ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil, Selangor anjuran Bahagian Provos Tentera Laut (PROTELA) Markas Tentera Laut diketuai oleh Kept Mohd Rahmat bin Abdul Rahman TLDM, Marsyal Provos Tentera Laut. Lawatan ini merupakan salah satu program aktiviti Pelan Tindakan Antidadah melibatkan Jawatankuasa Kecil Antidadah (JKKAD) peringkat Markas Tentera Laut.
Delegasi lawatan telah diberi taklimat khas oleh Pengarah PUSPEN, Puan Ruziliza binti Ibrahim tentang sejarah penubuhan, visi dan misi serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di PUSPEN.
Tujuan inisiatif lawatan ini bagi memberi kesedaran kepada warga TLDM serta mengurangkan risiko penglibatan anggota agar tidak terjerumus di dalam gejala penyalahgunaan dadah. Lawatan ini disertai oleh pegawai dan bintara yang mampu untuk menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada anggota-anggota lain agar ianya mampu memberi impak dan kebaikan bersama.
Lawatan ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran tentang bahayanya najis dadah pada masyarakat kini serta kesan jika terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
Acara diteruskan dengan sesi perkongsian oleh 8 orang klien PUSPEN kepada peserta lawatan. Usai perkongsian, peserta dibawa melawat ke sekitar kawasan pentadbiran dan tempat projek pertanian yang diusahakan oleh klien di PUSPEN.
Diharap, lawatan kesedaran seperti ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan bagi memberi kesedaran kepada warga Navy People tentang bahayanya aktiviti penyalahgunaan dadah dan racun terkawal.
Sumber : Bahagian PROTELA, Markas Tentera Laut
Artikel : Bahagian PROTELA, Markas Tentera Laut
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Best Viewed : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
COPYRIGHT | PRIVACY & POLICY | DISCLAIMER | SITE MAP