Image
Image
Image

Select your language

Panglima Tentera Laut dan Menteri Pertahanan bersama delegasi

KUALA LUMPUR, 30 Mac - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob hari ini melawat Markas Tentera Laut buat pertama kali sejak memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan.

Kehadiran beliau telah disambut Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Dato' Abdul Rahman bin Ayub. Turut mengiringi beliau adalah Timbalan Menteri Pertahanan Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez bin Abd Aziz dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Affendi bin Buang TUDM.

Taklimat Eksekutif Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada Menteri Pertahanan dan delegasi telah disampaikan oleh Asisten Ketua Staf Perancangan Pembangunan, Laksda Dato' Zulhelmy bin Ithnain. Taklimat itu merangkumi peranan dan tanggungjawab TLDM sebagai salah satu komponen pertahanan negara serta inisiatif 15-ke-5 yang menjadi fokus utama bagi memastikan setiap aset TLDM mampu beroperasi dan berada di tahap yang terbaik.

Dalam kunjungan singkat ini, Laksamana Tan Sri Mohd Reza juga berkesempatan menerangkan kepada delegasi Menteri tentang kemampuan dan kesiagaan TLDM dalam melaksanakan operasi.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Lau

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image