Image
Image
Image

Select your language

Ke arah kecemerlangan!Pusat Taktik Maritim (PUSTAKMAR) TLDM telah memperkasakan penerbitan Majalah Cakap Taktik Maritim edisi 49/23 dengan perakuan pendaftaran International Standard Serial Number (e-ISSN). Usaha ini merupakan kolaborasi bersama di antara TLDM dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Majalah ini merupakan majalah tahunan yang dikeluarkan pada setiap tahun.

Edisi kali ini unik kerana dibahagikan kepada 4 bahagian utama - Technologies, Activities, Operations & Exercise dan Warfare Tactics. Pedekatan ini memberi ruang kepada penulis dan menarik minat pembaca untuk memahami sumber ilmu dengan lebih mendalam.

Kolaborasi bersama pihak akademik merupakan salah satu inisiatif TLDM untuk membina hubungan baik dengan pihak awam bagi memastikan TLDM sentiasa cemerlang dari aspek penulisan dengan memenuhi prosedur penulisan terkini.

Sejajar dengan usaha memperkasakan fungsi dan tugas PUSTAKMAR yang baharu sebagai Pusat Peperangan Maritim dan Doktrin (Maritime Warfare and Doctrine Centre), pelbagai rangka halatuju telah dirancang dan akan dilaksanakan pada tahun 2024.

Semoga dengan kejayaan julung kali ini dapat membakar semangat The Navy People untuk terus menyumbang artikel dan menjadikan Majalah Cakap Taktik Maritim TLDM satu penerbitan yang mengharumkan nama TLDM di persada penulisan tanah air.

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image