Penyerahan Boya Pegawai Kanan Skuadron Korvet Ke-24
Lumut, 25 Jan 22 – Majlis serah terima tugas Pegawai Kanan Skuadron Korvet Ke-24 dan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Kapal Skuadron Korvet Ke-24 telah diadakan di Jeti Operasi Pangkalan TLDM Lumut. Majlis tersebut disaksikan oleh Panglima Armada Barat, YBhg Laksamana Madya Datuk Abu Bakar bin Md Ajis.
Majlis tersebut menyaksikan penyerahan tugas secara rasmi keempat-empat Pegawai Memerintah Kapal Skuadron Korvet Ke-24 buat julung kalinya diadakan secara serentak iaitu Pegawai Memerintah KD LAKSAMANA HANG NADIM Leftenan Komander Zulkhairy bin Mohamad TLDM kepada Komander Muhammad Shahir bin Salleh TLDM, Pegawai Memerintah KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL, Komander Segar a/l Muniandy TLDM kepada Komander Megat Mohamad Sofwan Firdaus bin Megat Muhamad Yunus TLDM, Pegawai Memerintah KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN, Komander Muhammad Shahir bin Salleh TLDM kepada Leftenan Komander Mohd Lokman bin Bajuri TLDM dan Pegawai Memerintah KD LAKSAMANA TAN PUSMAH, Komander Ahmad Hakim bin Mohamad Arif TLDM kepada Leftenan Komander Muhammad Faiz bin Mohamed Zanila TLDM.
Di samping itu, turut dilaksanakan adalah Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Kanan Skuadron Korvet Ke-24 diantara Komander Segar a/l Muniandy TLDM, Mantan Pegawai Memerintah KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL dan Komander Muhammad Shahir bin Salleh TLDM, Pegawai Memerintah KD LAKSAMANA HANG NADIM.
SKK-24 terdiri daripada empat buah kapal Kelas Laksamana yang mula dibina bermula tahun 1981 di La Spezia, Itali. Kapal seterusnya telah dibeli dan ditauliahkan di dalam perkhidmatan TLDM pada tahun Jul 1997 dan Jul 1999. Kapal-kapal kelas Laksamana dinamakan sempena laksamana-laksamana tersohor kerajaan melayu.
Artikel : Pegawai Perhubungan Raya KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL
Foto : Jurugambar Bahagian Komunikasi Strategik MPAB
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Best Viewed : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
COPYRIGHT | PRIVACY & POLICY | DISCLAIMER | SITE MAP