Image
Image
Image

Select your language

Barisan ahli Mesyuarat Kajian Pembangunan Laluan Kerjaya Cawangan Kejuruteraan

MELAKA, 14 Ogos - Mesyuarat Kajian Pembangunan Laluan Kerjaya bagi Subject Matter Experts (SME) Cawangan Kejuruteraan telah dilaksanakan pada 11 hingga 14 Ogos 2020 di Bayview Hotel, Melaka. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Panglima Logistik Barat merangkap Pengarah Kanan Kejuruteraan.

Objektif mesyuarat yang diadakan ini adalah:

  1. a) Menyenaraikan jumlah SME yang diperlukan.
    b) Membincangkan jumlah SME yang diperlukan perkhidmatan.
    c) Merangka laluan kerjaya yang perlu dilalui SME.
    d) Merancang kursus yang perlu dilalui untuk menghasilkan seorang SME.
    e) Menetapkan tahap-tahap SME yang diperlukan perkhidmatan.
    f) Menambahbaik SME sedia ada.

Kesemua ahli mesyuarat yang terlibat adalah dipilih berdasarkan kepakaran dan kelayakan semasa yang dimiliki. Melalui mesyuarat ini, pembangunan SME di Bahagian Kejuruteraan dilaksanakan dengan lebih komprehensif kerana menerima collective output daripada peserta.

Hasil mesyuarat ini akan digunakan sebagai penambahbaikan berterusan (kaizen) seterusnya memperkasakan pengurusan sumber manusia di Bahagian Kejuruteraan.

Sumber : Bahagian Pembangunan Sumber JUTRA
Artikel   : PS 1 PSIP

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image