KUALA LUMPUR, 23 Jan - Bahagian Operasi dan Strategi, Markas Tentera Laut telah mengkoordinasikan Mesyuarat Panglima Operasi TLDM 2/23 bertempat di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur.
Mesyuarat telah dipengerusikan bersama oleh Laksamana Madya Dato' Ts. Shamsuddin bin Haji Ludin, Panglima Armada Barat dan Laksamana Madya Datuk Hj Muhammad Ruzelme bin Hj Ahmad Fahimy, Panglima Armada Timur.
Mesyuarat telah membincangkan isu-isu berkaitan operasi TLDM selain menyelaras keperluan bagi kedua-dua Markas Pemerintahan Armada dan telah mencapai objektif yang digariskan dengan keputusan terbaik demi kecemerlangan operasi TLDM. Resolusi daripada mesyuarat tersebut kemudian telah dibentangkan kepada Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato' Zulhelmy bin Ithnain.
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Best Viewed : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
COPYRIGHT | PRIVACY & POLICY | DISCLAIMER | SITE MAP