Kunjungan hormat dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Bako
KUCHING, 12 Nov – Pegawai Wakil Tentera Laut (PWTL) Kuching yang baharu, Leftenan Mohd Ismail Bin Yakub TLDM telah mengambil alih tampuk pemerintahan PWTL Kuching pada 9 Okt 20 yang lalu. Sehubungan itu, beliau telah melaksanakan beberapa siri kunjungan hormat ke atas Ketua Jabatan beberapa agensi keselamatan dan persekutuan di sekitar Kuching, Sarawak.
Antara kunjungan hormat yang telah dilaksanakan adalah :
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memaklumkan tugas dan peranan PWTL Kuching di Sarawak di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara PWTL Kuching dengan agensi keselamatan dan kerajaan persekutuan yang lain. Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai situasi semasa Op Benteng, pencerobohan nelayan asing di perairan Sarawak dan lain-lain isu semasa.
Dengan adanya kunjungan hormat seperti ini ia dapat memberi kerjasama antara agensi serta bertukar pandangan di samping berkongsi maklumat untuk menjaga keselamatan dan pertahanan di Negeri Sarawak khasnya.
Sumber : PR PWTL KUCHING
Artikel : BK TLR Mohd Samsul Ridzuan bin Omon
Foto : LK I TLS Muhamad Nurzharif bin Mat Saad
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Best Viewed : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
COPYRIGHT | PRIVACY & POLICY | DISCLAIMER | SITE MAP