Image
Image
Image

Select your language

Tahniah diucapkan kepada PW II TLR Muhamad Razid bin Rosman yang telah diiktiraf sebagai Juruteknik Bertauliah (Tc.) oleh Malaysia Board of Technologist (MBOT) dan melakar sejarah sebagai Teknisyen TLDM pertama dalam bidang Maritime Technology (MI) yang memiliki ijazah serta masih dalam perkhidmatan mendapat pengiktirafan ini. Untuk Tc. pertama bagi pegawai TLDM bagi bidang MI ialah Lt Tc. Raffiq Syazwan bin Dato' Hj Rusli TLDM (Bersara). Lebih membanggakan, atas inisiatif bersungguh-sungguh dalam meningkatkan nilai modal insan, PW II TLR Muhamad telah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Bachelor Degree) dengan Kepujian Kelas Kedua Tinggi dari Universiti Tun Abdul Razak pada tahun 2016 dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Selain itu, PW II TLR Muhamad Razid pernah memenangi tempat pertama Pertandingan Mengarang Esei Maritim Markas (Kategori Bintara Muda ke atas) di Markas Pemerintahan Armada Timur pada tahun 2018.

Sepanjang 16 tahun perkhidmatan, PW II TLR Muhamad Razid telah berkhidmat dengan cemerlang di KD PERAK dan KD SRI INDERA SAKTI. Selain tugas teras, beliau turut aktif dalam pertubuhan Kelab Bintara Markas Tentera Laut sebagai Penasihat Kewangan dan AJK Persatuan Golf TLDM.

Warga Navy People wajar menjadikan pencapaian PW II TLR Muhamad Razid sebagai motivasi dan inspirasi untuk terus maju dalam karier bagi menjadikan TLDM lebih disegani. Disamping itu bagi mencapai hasrat ini, usaha menjadikan warga Navy People yang layak untuk mendapat pengiktirafan sedemikian sedang giat dilaksanakan. Maklumat tambahan adalah seperti di pautan berikut: https://www.facebook.com/RoyalMalaysianNavy/posts/3548772105180772 dan https://www.facebook.com/RoyalMalaysianNavy/posts/3084731844918136

Sumber : Bahagian Kejuruteraan Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : PW II TLR Muhamad Razid bin Rosman

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image