Image
Image
Image

Select your language

KUALA LUMPUR, 9 Apr - Majlis Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadan dan Sumbangan Tabung Zakat ATM 1442H telah disempurnakan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM di Masjid Khalid bin Al-Walid hari ini.

Ungkapan Ihya’ Ramadhan membawa maksud memeriahkan atau menghidupkan bulan Ramadhan dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah demi mendapatkan keredhaan dari Allah SWT. Program Ihya’ Ramadhan yang dipimpin oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) ini juga bertujuan memupuk semangat warga ATM yang beragama Islam untuk meningkatkan penghayatan dan amalan terhadap agungnya bulan yang penuh dengan keistimewaan ini

Dalam ucapan beliau, Panglima Angkatan Tentera berkata dengan kewujudan Tabung Ihya’ Ramadan ini, peluang untuk kita memperbanyakkan amal jariah serta membelanjakan harta ke jalan Allah akan lebih dipermudahkan. Hasil yang diperolehi daripada kutipan tabung Ihya’ Ramadhan ini akan digunakan untuk menampung perbelanjaan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadhan seperti penyediaan juadah berbuka puasa serta pelaksanaan program memasak dan mengagihkan bubur lambuk.

AKS Kejuruteraan, Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah telah mewakili Panglima Tentera Laut menerima sumbangan untuk TLDM. Turut hadir Panglima Tentera Darat, Ketua Staf Markas ATM, wakil Panglima Tentera Udara dan wakil Panglima Angkatan Bersama.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image