Baru-baru ini dunia perniagaan dikejutkan dengan kegagalan Genting Hong Kong (GHK) di dalam perniagaan pelayaran kapal penumpang mewah (cruise passengers liner), rentetan dari kesan pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan pendapatan syarikat. Impak dari kegagalan tersebut telah memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada beberapa industri berkaitan sehingga menjadi berita utama dunia perniagaan dan perbankan.
Artikel ringkas ini tidak berhasrat menghuraikan dengan terperinci implikasi kegagalan GHK, sebaliknya mengfokuskan kepada pengajaran (lesson learnt) daripada kejadian ini dalam pespektif pelaburan. Ini kerana walaupun GHK mengalami kegagalan, namun buat masa ini ianya tidak memberi kesan secara terus kepada kumpulan Genting seperti Genting Berhad, Genting Malaysia dan Genting Singapore Limited. Justeru, apakah rahsia kelalaian bersilang (Cross-Default) tidak berlaku di Kumpulan Genting?
Di dalam pelaburan samada dalam negara mahu pun luar negara, pelaburan yang melibatkan pemilikan saham secara bersilang di antara pemilik saham (pelabur) di dalam beberapa syarikat yang berhubung kait secara co-ownership/co-sharing dalam bentuk pelaburan kerap wujud, khususnya apabila melaksanakan keperbagaian portfolio pelaburan atas justifikasi memperluaskan pelaburan (diversify the investment). Justifikasi ini adalah bagi mengurangkan risiko kegagalan jika hanya menumpu kepada sesuatu sektor industri sahaja. Pandangan ini mempunyai dua aliran sekolah yang berbeza. Bagi Ketua Pegawai Eksekutif yang berpendirian bahawa bagi mendapatkan pelaburan balik (ROI) secara cepat, cross-investment di entiti/perniagaan yang menghasilkan pendapatan serta keuntungan lumayan mampu memberi keuntungan kepada syarikat dalam tempoh yang singkat. Namun, langkah ini adalah berisiko amat tinggi dan jarang dilaksanakan untuk tempoh yang lama. Bagi sekolah aliran yang lain, pelaburan secara cross-investment adalah berisiko tinggi dan tidak diamalkan. Ini kerana implikasi cross-default adalah besar jika salah satu entiti yang dilabur bermasalah, di mana boleh menjejaskan pelabur sehingga tengelam bersama (drag to sink together). Disebabkan risiko keadaan ini, pada tahun 2016 Genting Malaysia telah melepaskan pelaburan mereka di industri ini, iaitu langkah bijak yang telah menyelamatkan mereka.
Scenario pelaburan bersilang di industri di Malaysia adalah tidak terkecuali. Namun situasi yang berlaku di Genting Hong Kong telah membuka mata ramai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat utama serta lembaga pengarah syarikat berkaitan untuk menilai semula risiko cross-investment, jika dilaksanakan oleh mereka. Namun usaha untuk break-away dari elemen cross-investment bukan suatu jalan yang mudah. Ini disebabkan pelabur perlu mempunyai kecairan tunai atau kedudukan kewangan yang kukuh untuk melepaskan mereka dari lingkaran risiko.
Berdasarkan pencerahan ringkas berkaitan cross-investment serta implikasinya, ianya boleh dijadikan ilmu/pengajaran untuk mereka yang berminat di dalam dunia perniagaan mahu pun pelaburan di masa akan datang, khususnya kepada warga Navy People.
Sumber: Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan, RMN Chief Engineer Office
Artikel: Laksda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto: https://corporatefinanceinstitute.com
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Best Viewed : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
COPYRIGHT | PRIVACY & POLICY | DISCLAIMER | SITE MAP