Image
Image
Image

Select your language

Teknisyen Skim DTK Siri 221 melapor diri di KD SULTAN ISMAIL

TANJUNG PENGELIH, 24 Sep - Hari ini berlangsung pengambilan dan ucapan Selamat Datang kepada 108 Teknisyen TLDM Skim Diploma Tugas Khusus (DTK) bagi Pengambilan Perajurit Muda Siri 221. Inisiatif ini adalah usaha TLDM sejak tahun 2019 untuk mengambil Teknisyen yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan.

Pihak TLDM mendapati Skim DTK adalah pendekatan terbaik buat masa ini bagi mendapatkan Teknisyen yang kompeten, berbanding pendekatan sebelum ini iaitu membangunkan Teknisyen melalui beberapa skim khusus. Selain itu, Skim DTK ini terdapat ruang dan peluang untuk calon graduan Diploma Kejuruteraan untuk terus maju dalam karier. Diantara ruang dan peluang yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

  1. Certified Technician(Tc.). Pihak TLDM akan menguruskan proses sewajarnya agar Teknisyen yang layak dan memenuhi syarat sebagai Tc. oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).
  2. Jurutera Profesional (Ir.). Teknisyen yang memenuhi syarat dan berkelayakan boleh berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (First Degree) atas tajaan TLDM. Jika lulus, layak dan memenuhi syarat, anggota bakal menjadi seorang Jurutera Profesional (Ir.) yang diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).

Warga Navy People mengucapkan Selamat Berkhidmat kepada Teknisyen Pengambilan Siri 221 dengan pesanan – Sedia Berkorban.

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image