SHAH ALAM, 20 Jun - Ketua Jurutera TLDM serta delegasi dari Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE - Science Technology Research Institute for Defence), Kementerian Pertahanan hari ini melaksanakan tinjauan teknologi bagi mengenal pasti mekanisme terbaik pelupusan sisa pepejal secara efektif, efisien serta mesra alam. Inisiatif awal ini adalah selaras dengan Green Navy Plan 2018 – 2030, di mana salah satu elemen hijau ialah kecekapan menguruskan sisa pepejal di Pangkalan TLDM serta kapal.
Berdasarkan hasil tinjauan teknologi, buat masa ini didapati pelupusan sisa pepejal kategori bukan bahan recycle melalui proses plasma-pirolisis (sisa dilupus oleh jana haba yang tinggi tanpa pembakaran yakni non-incinerator) adalah breakthrough di dalam pengurusan sisa pepejal di Malaysia secara lestari dan terkawal. Teknologi terkini ini merupakan hasil cipta anak tempatan dan telah dipaten di beberapa buah negara termasuk di Malaysia. Disebabkan tiada proses pembakaran bagi pelupusan sisa, mesin ini akan transform pepejal seperti sampah, makanan dan sebagainya menjadi abu yang tidak berbahaya. Malah abu tersebut setelah diolah boleh dijadikan baja atau untuk kegunaan tertentu di sektor pembinaan. Justeru mesin pelupusan sisa pepejal berteknologi plasma-pirolisis tersebut telah mendapat status MyHijau dari Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2018, mesin berteknologi baharu tersebut telah digunakan di Australia, China, Afrika Selatan, India, Asia Tenggara serta lebih 10 negara di peringkat global. Berdasarkan teknologi digunapakai di peringkat dunia, pihak TLDM merancang menempatkan mesin plasma-pirolisis bagi mengurus sisa pepejal di Stesen Luar Pantai yang terletak amat jauh dari daratan pada tahun 2024 menggunakan tenaga solar. Bagi Pangkalan TLDM pula, pangkalan terpilih akan dilengkapkan dengan mesin ini secara berperingkat dengan sasaran Zero Waste sisa pepejal.
Sungguhpun hasrat menggunakan mesin plasma-pirolisis bagi pengurusan sisa secara cekap masih di peringkat perancangan, diyakini new way of doing things tersebut akan memberi return on investment yang baik dalam aspek peningkatan kesejahteraan warga TLDM, mesra alam serta sejajar dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007. Justeru warga Navy People wajar seiring dengan inisiatif awal ini, semoga ianya menjadi success story berkaitan pengurusan sisa pepejal di dalam TLDM sebelum tahun 2026.
Sumber : Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan
Artikel : Laksamana Muda Dato’ Ir. Ts. Hj Mohd Shaiful Adli Chung
Foto : Lt Dya Muhammad Ikmal bin Mohd Saed TLDM
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Best Viewed : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
COPYRIGHT | PRIVACY & POLICY | DISCLAIMER | SITE MAP