Amanat oleh Pegawai Memerintah KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL merangkap Pegawai Kanan Skuadron Korvet Ke-24
Lumut, 24 Jan – Perbarisan Pegawai Kanan Skuadron (PKS) Korvet Ke-24 telah dilaksanakan di Padang Kawad Pangkalan Lumut. Perbarisan ini diadakan bersempena dengan Majlis Perpisahan PKS, Kdr Segar a/l Muniandy TLDM yang juga Pegawai Memerintah KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL. Beliau bakal menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Staf Operasi Markas Pemerintahan Armada Barat. Kdr Muhammad Shahir bin Salleh TLDM, Pegawai Memerintah KD LAKSAMANA HANG NADIM akan mengambil alih sebagai PKS selepas ini.
Perbarisan yang terdiri daripada 4 platun telah diketuai oleh Lt Kdr Mohd Khairul Faisal bin Dato’ Mohamad Khir TLDM, Pegawai Laksana KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL dan dihadiri oleh semua pegawai dan anggota Skuadron Korvet Ke-24.
Dalam perbarisan yang sama, PKS telah menyampaikan anugerah Bintara dan Laskar Terbaik Skuadron Korvet Ke-24 bagi Suku Tahun Keempat Tahun 2021. Bintara dan Laskar yang mendapat anugerah tersebut dipilih khas oleh lembaga pemilihan setiap kapal berdasarkan prestasi perkhidmatan yang cemerlang.
Dalam ucapan PKS, beliau turut menyampaikan amanat yang menekankan nilai teras TLDM dan tahap disiplin sebagai anggota TLDM selain menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga Skuadron Korvet Ke-24. Beliau berharap kecemerlangan Skuadron Korvet Ke-24 akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Acara diakhiri dengan sesi bergambar bagi kesemua warga Skuadron Korvet Ke-24 yang terlibat dalam menjayakan perbarisan yang amat bermakna ini.
Artikel : Pegawai Perhubungan Raya KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL
Foto : Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Best Viewed : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
COPYRIGHT | PRIVACY & POLICY | DISCLAIMER | SITE MAP