PULAU INDAH, 23 Jan – Perbarisan Pegawai Memerintah KD SRI KLANG telah diadakan hari ini dengan 5 platun yang terdiri dari 30 pegawai, 72 pegawai kadet kanan dan 24 anggota lain-lain pangkat.
Perbarisan secara statik itu diketuai oleh Lt Kdr Prof Madya Ts. Dr. Sivadass a/l Thiruchelvam PSSTLDM bersama BK PAP (GI) Subkey bin Ibrahim sebagai Bintara Perbarisan. Perbarisan ini juga melibatkan unit naungan KD SRI KLANG iaitu PALAPES (Laut) UiTM, PALAPES (Laut) UM dan PALAPES (Laut) UPM.
Ketibaan Pegawai Memerintah Kept Prof. Tpr. Dr. Jamalunlaili bin Abdullah PSSTLDM disambut dengan tabik hormat serta nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya diikuti pemeriksaan perbarisan. Perbarisan berkonsep statik tempur ini dilaksanakan untuk mempamerkan kesiagaan warga KD SRI KLANG. Selesai perbarisan, acara angkat sumpah Pegawai Kadet dan Perajurit Muda PSSTLDM pengambilan 44 telah dilaksanakan di bilik kuliah KD SRI KLANG.
Selain itu, majlis penyampaian sijil kepada Bintara dan Laskar terbaik 2021, penghargaan kepada sukarelawan yang terlibat dengan bantuan banjir, penghargaan kepada Floor Manager yang terlibat di Pusat Pemberian Vaksin sekitar Lembah Klang sepanjang 2021 dan penyampaian watikah pelantikan jawatan PSSTLDM 2022 turut dilaksanakan.
Acara diakhiri dengan jamuan di Wisma Laskar KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH. Ramai yang mengambil peluang untuk beramah mesra setelah sekian lama tidak bertemu akibat penularan wabak COVID-19 dan menyebabkan latihan dilaksanakan secara maya.
Artikel : Cawangan Latih KD SRI KLANG
Foto : Lt Dya Farid bin Human PSSTLDM
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Best Viewed : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
COPYRIGHT | PRIVACY & POLICY | DISCLAIMER | SITE MAP