Laksamana Pertama Farizal Myeor bersama wakil penduduk
LUMUT, 19 Jul – Satu Program Khidmat Masyarakat menerusi Program Jiwa Murni anjuran PUSTAKMAR telah dilaksanakan pada 19 Julai 2021 bersamaan 9 Zulhijjah 1442H. Penyerahan sumbangan berupa keperluan asas telah disempurnakan oleh Laksamana Pertama Farizal Myeor, Pegawai Memerintah PUSTAKMAR kepada wakil penduduk 3 buah kampung iaitu Kampung Serdang, Kampung Teluk Batik dan Kampung Permatang.
Program ini dipilih sebagai Program Jiwa Murni PUSTAKMAR bagi tahun 2021 sejajar dengan isu Pandemik COVID-19 yang sedang melanda dan menjejaskan pendapatan seluruh rakyat Malaysia. Justeru, sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban dan membantu persiapan penerima sumbangan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.
Hebahan telah dibuat mulai 13 Julai 2021 mengenai pengumpulan barang sumbangan melalui kawat dan media sosial. Sehubungan dengan itu, PUSTAKMAR telah berjaya mengumpul sebanyak 90 bungkusan berisi barang keperluan harian hasil sumbangan dari Markas-markas, Kapal-kapal TLDM dan Unit-unit yang berada di Pangkalan TLDM Lumut, Perak. Terdapat juga sumbangan oleh Non-Government Organisation (NGO) setempat.
Di sebalik tugas hakiki menjaga kedaulatan dan kestabilan negara, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak melupakan tanggungjawab untuk menabur bakti kepada komuniti setempat. Semoga usaha yang dilaksanakan ini dapat mengeratkan lagi hubungan warga Navy People dengan masyarakat.
Sumber : PUSTAKMAR, Pangkalan Lumut TLDM
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Best Viewed : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
COPYRIGHT | PRIVACY & POLICY | DISCLAIMER | SITE MAP