Image
Image
Image

Select your language

Krew KA BM5 dan Tim Projek

PASIR GUDANG, 9 Mei – Tahniah kepada krew KA BUNGA MAS 5 (BM 5) dan Tim Projek Slipping di atas kejayaan menyiapkan slipping dalam tempoh ditetapkan iaitu lebih kurang sebulan pada hari ini. KA BM 5 adalah kapal besar pertama menjalani Slipping, dimana Slipping tidak dijadikan sebagai rutin selenggaraan berjadual sejak 25 tahun yang lalu. Selain itu, rutin Slipping sebelum ini hanya melibatkan kapal kecil sahaja.

KA BM 5 selesai menjalani rutin Slipping berkonsepkan “SMART”, melibatkan kerja-kerja pembaikan plating dan underwater di Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd, Pasir Gudang, Johor.

Inisiatif dikembalikan rutin Slipping merupakan hala tuju terkini yang menggabungkan Inovasi Baharu Refit (refit rebranding) dan “SMART” Refit. Bagi penambahbaikan berterusan (Kaizen), tempoh Slipping kapal akan ditambah baik dalam tempoh terdekat, dimana disingkatkan ke 2 minggu bagi kapal besar, 1 minggu bagi kapal kecil.

Inisiatif ini adalah cetusan idea warga Navy People yang telah direalisasikan. Justeru, warga Navy People wajar berbangga dengan inisiatif ini dan disaran terus berinovasi untuk meningkatkan keupayaan operasi Armada TLDM, khususnya dalam aspek Man, Machine and Method (Process).

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Mk TL
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Lt Mohammad Khairul Akmal bin Ramli TLDM

 

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image