Image
Image
Image

Select your language

SHAH ALAM, 18 Jan - Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob telah melaksanakan Sembah Menghadap ke atas DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, hari ini.

Sembah Menghadap Laksamana Tan Sri Abdul Rahman adalah untuk memaklumkan perkembangan terkini serta hala tuju TLDM kepada DYMM Sultan Selangor selaku Kepten Yang di-Pertua.

Turut mengiringi Laksamana Tan Sri Abdul Rahman adalah Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy bin Ithnain; Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato' Ts. Shamsuddin bin Hj Ludin dan Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Hj Muhammad Ruzelme bin Hj Ahmad Fahimy.

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image