KUALA LUMPUR, 18 Jan - Seminar Bintara TLDM 2023 (SB TLDM 23) telah berjaya dilaksanakan dari 16 hingga 17 Jan 24 bertempat di Auditorium Kementerian Pertahananan, Kuala Lumpur. Perasmian SB TLDM 23 telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan Material, Laksamana Pertama Ts. Hassan bin Zainudin pada 16 Jan 24.
SB TLDM 23 adalah kesinambungan daripada Seminar Bintara Wilayah Barat yang telah diadakan pada 21 hingga 23 jun 23 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak dan Seminar Bintara Wilayah Timur yang telah diadakan pada 17 dan 18 Jul 23 di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah. Hasil daripada kedua-dua seminar yang telah diadakan ini, SB TLDM 23 telah membincangkan resolusi kertas kerja yang terpilih untuk dibentangkan dan diangkat ke peringkat Pengurusan Tertinggi TLDM.
SB TLDM 23 juga telah menjemput beberapa penceramah yang terdiri daripada Jawatankuasa Laksamana TLDM iaitu Laksda Dato' Ir. Ts. Hj Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah, Asisten Ketua Staf Kejuruteraan, Laksma Azman bin Rabani, Asisten Ketua Staf Komunikasi Peperangan dan Sistem Informasi dan Laksma Ee Chee Kiong, Timbalan Inspektor Jeneral TLDM.
Hari terakhir SB TLDM 23 telah diadakan sesi interaksi “Admiral on Deck” diantara peserta SB TLDM 23 bersama Laksdya Dato' Zulhelmy bin Ithnain, Timbalan Panglima Tentera Laut dan Laksda Baharudin bin Wan Md Nor, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia. Turut hadir SB TLDM 23 adalah Laksma Abdullah Sani bin Ismail, Inspektor Jeneral TLDM.
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Best Viewed : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
COPYRIGHT | PRIVACY & POLICY | DISCLAIMER | SITE MAP