Sesi perkongsian ilmu bersama Ketua Jurutera TLDM diadakan secara maya
KUALA LUMPUR, 29 Jul - Ketua Jurutera TLDM, Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Hj Mohd Shaiful Adli Chung hari ini berkongsi ilmu dengan Tim Rangka Tindak Kapasiti Pertahanan (RTKP), Kementerian Pertahanan (MINDEF). Perkongsian ilmu adalah berkaitan Modal Insan Pegawai dan Anggota Kejuruteraan di dalam TLDM.
Ketua Jurutera TLDM telah membentangkan status, pembangunan, cabaran dan hala tuju, selain inisiatif serta Grand Strategy terkini bagi memastikan kemajuan warga kejuruteraan agar progresif, dinamik, profesional serta menghasilkan success story.
Sesi perkongsian ilmu ini turut disertai hampir 200 warga kejuruteraan secara atas talian, di mana buat pertama kalinya dijelaskan secara bersasar mekanisme pengurusan modal insan cawangan kejuruteraan TLDM. Tim RTKP, MINDEF amat teruja dengan ilmu yang dikongsi, termasuk model yang dilaksanakan, di mana mereka amat berminat untuk menerokai dengan lebih mendalam.
Sumber : RMN Chief Engineer Office, Bahagian Kejuruteraan, Mk TL
Artikel : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Hj Mohd Shaiful Adli Chung
Foto : PR Tentera Darat
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Best Viewed : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
COPYRIGHT | PRIVACY & POLICY | DISCLAIMER | SITE MAP