Image
Image
Image

Select your language

Laksdya Dato' Abdul Rahman mendengar penerangan oleh peserta pameran

ISTANBUL, 17 Ogos - Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato' Abdul Rahman bin Ayob bersama Laksamana Pertama Azman bin Rabani dan Lt Kdr Mohd Mustaqim bin Yahaya TLDM telah menyertai pameran pertahanan IDEF'21 bertempat di Tuyap Fair and Congress Center. Pameran Pertahanan ke-4 terbesar di dunia ini berlangsung selama 4 hari dengan pematuhan kepada SOP pandemik COVID-19. Pameran kali ini telah melibatkan penyertaan 1,238 syarikat dan disertai oleh 169 delegasi daripada 83 buah negara dan telah dirasmikan oleh Presiden Republik Turki, Recep Tayyip Erdoğan pada 17 Ogos 21.

Selaku peneraju utama NATO, sumbangan Turki terhadap keamanan dan kesejahteraan serantau serta dunia semakin meningkat dengan pemerkasaan industri pertahanan negara tersebut. Pelbagai produk ketenteraan baharu yang dibangunkan oleh Turki dipersembahkan semasa pameran IDEF' 21 ini yang menggambarkan perkembangan pesat industri pertahanan Turki yang setaraf negara maju lain.

Delegasi TLDM juga berpeluang melawat, meninjau dan memberi perhatian khusus kepada inovasi-inovasi baru dalam teknologi ketenteraan serta meninjau peralatan-peralatan yang berpotensi kepada perolehan yang sedang dirancang TLDM.

Lawatan ke kapal TCG KINALIADA juga sempat dilaksanakan pada 20 Ogos 21. TCG KINALIADA merupakan Kelas Korvet ADA Anti-submarine Warfare (ASW) yang dibina oleh Istanbul Naval Shipyard melalui projek MILGEM pada tahun 2019. Delegasi telah berpeluang meninjau keupayaan serta spesifikasi kapal di mana hampir 75% sistem dan peralatan kapal adalah buatan Turki antaranya ialah ADVENT CMS, Anti-Guided Missile System, ATMACA SSM, Meriam 12.7mm STAMP, YAKAMOS 2000 Sonar, UniMACS 3000 IPMS dan ESM system ARES-2N.

Sumber : Bahagian Perancangan Pembangunan
Artikel   : Lt Kdr Mohd Mustaqim bin Yahaya TLDM
Foto      : PR IDEF'21

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image